Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
tergelincir saat daki gunung
Gambar: TikTok
Tiada Kategori

Nyawa Hujung Tanduk, Lelaki Cemas Tergelincir & Menggelongsor Saat Daki Gunung

Athirah

Nyawa Hujung Tanduk, Lelaki Cemas Tergelincir & Menggelongsor Saat Daki Gunung

Seorang lelaki hampir menemui ajal selepas tergelincir dan menggelongsor dari kawasan gunung curam yang didakinya di wilayah Anhui, China.

Yang Meng, 42, ketika itu sedang meluangkan masa mendaki Gunung Fanzengjian sebelum kejadian ngeri berkenaan berlaku.

Menurut CNN, detik-detik menyeramkan yang berlangsung beberapa saat itu terakam melalui kamera 360 milik Yang dan menjadi tular di media sosial.

Dalam video berkenaan, dapat dilihat Yang kehilangan keseimbangan ketika memijak permukaan licin gunung berkenaan disebabkan cuaca hujan ketika itu.

Lelaki cemas saat daki gunung, tergelincir jatuh gunung curam

Yang kemudiannya tergelincir sebelum menggelongsor turun di kawasan curam gunung yang didaki. Nasibnya baik apabila dia tersangkut pada sebatang pokok, sekaligus terselamat daripada situasi yang lebih buruk.

“Saya sedar tiada apa yang dapat menghentikan saya daripada terus menggelongsor turun dan saya fikir saya akan jatuh dari tebing tinggi.

“Apabila saya terlanggar pokok, rasanya seperti saya jatuh menimpa batu. Saya ingat saya sudah pun mati ketika itu,” kata Yang menceritakan pengalamannya.

Ujar Yang lagi, dia tidak berdepan dengan sebarang kecederaan serius dalam insiden tersebut. Bagaimanapun, dia memaklumkan mengalami lebam pada beberapa bahagian badan, terutama pada kaki kirinya.

Dalam pada itu, Yang mengakui apa yang berlaku membuatkan dia tersentak dan berfikir lebih mendalam tentang erti kehidupan.

Menurut CNN, video daripada kamera Yang itu dimuat naik ke aplikasi Douyin dan menjadi tular di sana. Setakat ini, video berkenaan sudahpun dikongsi lebih 445,000 kali.

Rata-rata warga maya yang melihat video tersebut merasa terkejut dan berpendapat Yang cukup bertuah kerana seolah-olah diberikan peluang hidup kedua selepas melanggar pokok berkenaan.

Shanghai dilapor dilanda taufan paling kuat sejak 1949

Menurut CNN lagi, wilayah Anhui kira-kira 450 kilometer (280 batu) barat Shanghai berdepan dengan hujan lebat sejak kebelakangan ini selepas dilanda taufan Bebinca dan Yagi.

Media tempatan menyifatkan taufan Bebinca yang mendarat pada Isnin (waktu tempatan) sebagai ribut paling kuat melanda Shanghai sejak 1949.

BACA: Anak-anak Tentera Terima Tuisyen Percuma & Chromebook, Ini Kumpulan Yang Terlibat

BACA: Isteri Derita Kanser ‘Pergi’ 2 Minggu Selepas Nikah, Suami Terjumpa Nota Pilu Tinggalan Arwah

BACA: Olimpiad Matematik Antarabangsa: 6 Pelajar Harumkan Nama Negara, Malaysia Catat Kedudukan Kedua Antara ASEAN

Sumber: CNN