Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Anak-anak Tentera
Kredit: Kementerian Pertahanan Malaysia

Anak-anak Tentera Terima Tuisyen Percuma & Chromebook, Ini Kumpulan Yang Terlibat

Athirah

Anak-anak Tentera Terima Tuisyen Percuma & Chromebook, Ini Kumpulan Yang Terlibat

Yayasan LTAT ditubuhkan pada 26 April 2000 oleh Syarikat Kumpulan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (Kumpulan LTAT) yang diterajui oleh Boustead Holdings Berhad (BHB).

Pada 1 Mei 2021, Yayasan LTAT telah melalui transformasi dan penstrukturan semula, malah diuruskan secara sepenuh masa oleh pengurusan dan kakitangannya sendiri. Tujuan utama penubuhan adalah bagi menjaga kebajikan serta membiayai pendidikan anak-anak anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Terbaru, Yayasan LTAT telah bekerjasama dengan alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melaksanakan Program e-Perkasa SPM bagi membantu anak-anak ATM membuat persediaan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

“Program ini merupakan peluang istimewa kepada semua 969 anak ATM di seluruh negara yang berada di Tingkatan 5 untuk mengikuti program tuisyen yang disediakan oleh sebuah universiti awam terkemuka negara yang telah melahirkan ramai guru yang cemerlang dalam pelbagai bidang,” ujar Menteri Pertahanan YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin.

“Insya-Allah, saya yakin dengan kekuatan tenaga pengajar daripada UPSI ini akan membolehkan anak-anak ATM kita lebih bersedia dalam menghadapi SPM, beroleh keputusan yang baik dan cemerlang, serta mempunyai harapan yang besar dalam meneruskan kehidupan.

“Bagi memastikan anak-anak ATM boleh mengikuti Program e-Perkasa SPM ini, para pelajar dibekalkan dengan Chromebook, hasil sumbangan BHPetrol. Semua anak-anak ATM yang mengikuti program tuisyen SPM akan dibekalkan dengan chromebook,” tambah beliau lagi.

Program tersebut telah dilancarkan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin di Dewan Mahkota, Kem Mahkota Kluang, Johor pada 30 Ogos 2024 lalu.

Menteri Pertahanan memberi ucapan ketika Majlis Pelancaran Program e-Perkasa SPM

Program ini dirangka khas buat anak-anak ATM yang masih berkhidmat Program e-Perkasa SPM Yayasan LTAT merupakan inisiatif baharu yang dilaksanakan bersama UPSI melalui pemindahan ilmu atau “transfer knowledge” antara pihak universiti dan pihak yayasan.

Dato’ Dr. Mohd Nizar Bin Haji Sudin ketika sesi wawancara

“Yayasan LTAT memberi fokus dan menyasarkan pada anak-anak ATM selari dengan tiga mandat yang diberikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah untuk dilaksanakan.

“Mandat pertama ialah mandat pendidikan. Kedua adalah kemahiran dan ketiga adalah kebajikan,” kata Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, Dato’ Dr. Mohd Nizar Bin Haji Sudin.

Dato’ Dr. Mohd Nizar ketika ditemu bual memaklumkan bahawa dalam tempoh dua tahun, fasa pertama untuk memperkenalkan kelas tambahan bersama anak-anak tentera di dalam kem telah dilaksanakan.

Sehubungan itu, Yayasan LTAT ingin perluaskan lagi kelas tambahan e-Perkasa SPM ini kepada anak-anak tentera yang bersekolah di luar kem bagi tahun 2024.

Berapa ramai pelajar yang akan menerima manfaat ini?

Bagi menjayakan program ini, seramai 969 pelajar dibekalkan sebuah peranti chromebook sumbangan BHPetrol untuk membolehkan sesi pembelajaran secara dalam talian dilaksanakan.

Kelas pertama bagi Program e-Perkasa SPM Yayasan LTAT telah bermula pada 14 September dan akan dijalankan selama 14 minggu.

Antara pelajar yang menerima peranti chromebook

“Saya ingin maklumkan bahawa modul yang telah dilaksanakan bagi program e-Perkasa ini adalah modul khas oleh UPSI. Mereka turut memainkan peranan penting dalam menjayakan program ini sebagai rakan strategik YLTAT untuk anak-anak ATM,” jelas beliau lagi.

Program ini turut melibatkan mentor-mentee yang terdiri daripada mahasiswa dan alumni UPSI bagi mengajar lima subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Sejarah yang ditawarkan kepada anak-anak yang bakal menduduki SPM.

“Selain itu, ia juga melibatkan bimbingan daripada para guru cemerlang, di mana para guru ini terdiri daripada guru yang memiliki pengalaman.

“Turut terlibat, guru pakar yang menggubal soalan, pemeriksa kertas SPM yang bertujuan untuk memastikan para pelajar melakukan asas latih tubi mengikut kertas-kertas soalan SPM sebelumnya sepanjang kelas tambahan itu,” kata Dato’ Dr. Mohd Nizar lagi.

Penyerahan chromebook oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin

“Kami berharap ibu bapa dan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) bersama-sama membantu untuk menjayakan program e-Perkasa,” katanya di samping menegaskan kepentingan pemantauan serta sokongan moral daripada kalangan ibu bapa sendiri untuk kejayaan anak-anak.

“Bagi pihak Yayasan LTAT, kami telah menyediakan platform dan kemudahan. Harapan kami supaya Yayasan LTAT mendapat sokongan dan dokongan daripada ibu bapa,” ujar beliau lagi.

BACA: Bekas Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Eddin Syazlee Meninggal Dunia