Siakap Keli

Fenomena Barang Jadi Murah Tiga Hari Seminggu, Berlaku Sehingga November Ini

Fenomena Barang Jadi Murah Tiga Hari Seminggu, Berlaku Sehingga November Ini

Setiap bulan, mesti ada satu hari kita akan keluar berbelanja beli barang basah dan lain-lain lagi kan?

Bila tiba masanya kita keluar untuk membeli barang banyak-banyak sekaligus, biasanya kita akan tuju ke pasaraya yang menjual barang pada harga paling murah dan berbaloi.

Sebut murah dan berbaloi ni, hanya ada satu tempat terlintas di kepada dan tempat itu tak lain tak bukan adalah pasaraya MYDIN.

MYDIN memang sejak dahulu lagi terkenal suka jual barang-barang pada harga berpatutan. Tapi kalau korang nak tahu tak, sebenarnya di MYDIN memang ada harga barang-barang tertentu jadi lagi murah dan ada promosi berganda.

Festival OH MYDIN sempena ulang tahun 2024

Bermula 22 Ogos hingga 11 November ini, MYDIN mengadakan Festival OH MYDIN sempena sambutan ulang tahun MYDIN yang ke-67 untuk 2024.

Banyak kempen-kempen menarik akan dijalankan dalam tempoh ini termasuk kempen Hari-hari MYDIN Murah.

Di bawah kempen ini, MYDIN akan mengadakan promosi istimewa selama tiga hari setiap minggu iaitu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Tarikh-tarikh promosi yang terbuka kepada semua pelanggan adalah seperti berikut:

  • Minggu 1 : 23 – 25 Ogos
  • Minggu 2 : 30 Ogos – 1 September
  • Minggu 3 : 6 – 8 September
  • Minggu 4 : 13 – 16 September
  • Minggu 5 : 20 – 22 September
  • Minggu 6 : 27 – 29 September
  • Minggu 7 : 4 – 6 Oktober
  • Minggu 8 : 11 – 13 Oktober
  • Minggu 9 : 18 – 20 Oktober
  • Minggu 10 : 25 – 27 Oktober
  • Minggu 11 : 31 Oktober – 3 November
  • Minggu 12 : 8 – 10 November

Untuk tiga hari tersebut, produk-produk tertentu MYDIN akan dijual pada harga lebih murah.

Dah beli barang harga berpatutan, boleh menang OPPO pula

Menariknya, dah la jual barang pada harga yang murah, MYDIN nak bagi pula smartphone OPPO kepada pelanggan bertuah yang menjadi ahli kad Meriah (Biru).

Menerusi peraduan Hari-Hari Belanja & Menang yang berlangsung bermula 8 Ogos lepas hingga 13 Oktober ini, ada pelbagai peranti daripada OPPO yang boleh korang menangi dengan mudah.

Kalau berbelanja lebih RM167, korang berpeluang menang sebahagian daripada hadiah terkumpul keseluruhan RM67k.

Macam mana nak sertai peraduan ni? Mudah je, cuma kena ikut langkah-langkah yang kami kongsi ini:

  • Belanja minimum RM167 dalam satu resit di MYDIN.
  • Whatsapp OHMYDIN67XOPPO ke 016-2415308.
  • Hantar bukti resit dan jawab dua soalan yang diberikan.

Dah buat semua itu, korang berpeluang memenangi peranti daripada OPPO. Mudah je kan?

Korang boleh semak hadiah-hadiah yang ditawarkan dan sedia untuk dimenangi dalam poster dibawah.

Ada cashout sehingga RM500 sehari

Bukan setakat peranti OPPO je, ada juga aktiviti CASHOUT x MYDINPAY yang berjalan setiap hari bermula 23 Ogos lepas hingga 31 Oktober ini.

Hadiah yang ditawarkan pun lumayan juga, sehingga RM500 tau. Korang cuma perlu berbelanja dengan membeli produk-produk yang menyertai kempen ini seperti dibawah:

  • September : Adabi, Carrie Junior (+MYDIN Anniversary game)
  • Oktober : Puteri, Lifebuoy (+MYDIN Anniversary game)

Korang cuma kena muat turun dan pasang aplikasi MYDINPAY. Cara-cara nak sertai kempen ini ada di bawah:

Festival OH MYDIN Jom Run wajib korang sertai

Bagi yang gemar dengan aktiviti fizikal, korang juga boleh sertai Festival OH MYDIN Jom Run yang akan berlangsung di tiga lokasi.

Event ini bermula dengan Fun Run @MYDIN MITC pada 21 September, diikuti Pink Walk 2024 @MYDIN Tunjong, Kelantan pada 19 Oktober dan Fun Run @MYDIN Petra Jaya pada 9 November.

Pendaftaran boleh dibuat disini:

MYDIN MITC – https://bit.ly/FestivalOHMYDINFunRunMITC
MYDIN Petra Jaya – https://bit.ly/FestivalOHMYDINFunRunPetrajaya

Pendaftaran juga boleh dibuat menerusi aplikasi Jom Run yang boleh dimuat turun di telefon bimbit masing-masing.

Yuran pendaftaran cuma RM35 dan korang akan menerima t-shirt event, lanyard, pingat dan juga sijil penyertaan.

Selain itu, korang juga boleh datang enjoy pelbagai aktiviti menarik di lokasi event fun run ini nanti. Ada food truck dan macam-macam goodies tersedia untuk korang.

Tak cukup dengan dua kempen tu, MYDIN tambah lagi pelbagai kempen sempena sambutan ulang tahun 2024 ini.

Pastinya, setiap kempen menjanjikan pulangan yang berbaloi kepada semua pelanggan. Jadi, memang tersangatlah wajib untuk korang sertai, okay.

Festival OH MYDIN PWP

Khas untuk ahli kad Meriah (Biru), setiap pembelian minimum RM150 dalam satu resit, korang layak untuk membuat PWP (Belian dengan Belian) produk-produk tertentu.

Promosi ini berjalan selama tiga hari seminggu iaitu pada hari Selasa, Rabu dan Khamis bermula 27 Ogos lepas sehingga 7 November ini.

Festival OH MYDIN Ganjaran Berganda

Festival ini pula berjalan dari 19 September hingga 23 November ini. Setiap bayaran menggunakan e-wallet tertentu melayakkan korang untuk menikmati cashback yang sangat lumayan.

Kempen ini terbuka kepada semua pengguna e-wallet yang terlibat dan cashback keseluruhan RM67,000 disediakan.

Festival OH MYDIN Jom Durian

Jika korang penggemar Raja Buah dan menetap di Johor, korang memang tak boleh terlepas acara ini okay.

Festival OH MYDIN Jom Durian akan diadakan di MYDIN Pelangi Indah, Johor pada 5 Oktober ini.

Tetamu VIP, Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz bin Dato’ Ghazi pun akan turun sekali tau, takkan lah korang tak join pula, kan.

Tapi korang kena beli tiket dulu la. Ada dua kategori tiket untuk orang awam, RM100 dan RM160. Tiket boleh diperolehi di kaunter khidmat pelanggan MYDIN Pelangi Indah, okay.

Memang best sangat-sangat kan aktiviti yang diadakan oleh MYDIN sempena sambutan ulang tahun 2024.

Sebenarnya, ada macam-macam aktiviti lagi yang MYDIN anjurkan dan korang boleh sertai dari semasa ke semasa.

Semua maklumat korang boleh dapat dengan mengikuti Facebook, Twitter, TikTok dan laman web MYDIN okay.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.