Ini 5 Lapangan Terbang Paling Popular Di Instagram
Lapangan terbang merupakan salah satu pusat transit paling sibuk di dunia.
Sebagai laluan pengangkutan udara, ia menjadi pilihan utama untuk perjalanan pantas ke pelbagai destinasi.
Justeru, lapangan terbang sering menjadi tumpuan pelancong dan orang ramai, yang memanfaatkan pelbagai kemudahan serta reka bentuk unik yang ditawarkan.
Menariknya, lapangan terbang juga kini menjadi lokasi popular untuk merakam kenangan, di mana gambar-gambar diambil dan dimuat naik di platform media sosial seperti Instagram.
Ini termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang tersenarai sebagai salah satu lapangan terbang paling banyak dikongsi di Instagram.
KLIA no. 4 paling ramai “upload” di Instagram
Menurut kajian yang dijalankan oleh laman pelancongan Miss Tourist, KLIA berada di kedudukan keempat dalam senarai lapangan terbang paling “Instagrammable” di dunia.
Data ini berdasarkan bilangan hantaran yang menggunakan tanda pagar (hashtag) di Instagram.
Selain KLIA, berikut adalah empat lapangan terbang paling popular di Instagram:
1. Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles (LAX)

Di kedudukan pertama adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles (LAX) dengan 3,393,690 hantaran “#lax” di Instagram.
Apa yang menariknya mengenai lapangan terbang ini adalah ia menawarkan pemandangan laut, bangunan ikonik LAX dan berlatarbelakangkan “Hollywood”.
Tidak hairan mengapa ia menjadi lokasi strategik sebagai lokasi “ootd”, termasuk menjadi tumpuan lebih 75,050,875 penumpang pada tahun 2023.
2. Lapangan Terbang San Francisco International (SFO)

Di tangga kedua ialah Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco (SFO) dengan 1,047,624 hantaran di Instagram.
Reka bentuk moden lapangan terbang, pameran seni dan pemandangan indah Teluk San Francisco antara faktor lokasi ini menjadi popular di media sosial.
3. Lapangan Terbang Heathrow

Lapangan Terbang Heathrow, London juga merupakan salah satu lapangan terbang antarabangsa tersibuk di dunia.
Menurut data, sekitar 79 juta penumpang menggunakan pintu udara ini pada tahun lalu.
Disebabkan ia menjadi pintu masuk utama ke Eropah, lapangan terbang ini terkenal dengan pelbagai pilihan pusat membeli-belah mewah, seni bina dan mural yang menarik.
Difahamkan, kira-kira 762,904 hantaran mengenai lapangan itu dikongsikan di Instagram.
4. Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA)

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menduduki tempat keempat dengan 600,336 hantaran “#klia” di Instagram.
Gabungan reka bentuk moden dan elemen tradisional Melayu serta landskap hijau (Jungle Boardwalk) menjadikannya tempat unik untuk dikongsikan di media sosial.
Pada tahun 2023, KLIA mencatatkan kehadiran lebih 47 juta penumpang.
5. Lapangan Terbang Changi

Dikenali sebagai salah satu hab pelancongan yang paling indah di dunia, Lapangan Terbang Changi, Singapura terkenal dengan kemudahan fasiliti yang canggih.
Menariknya, lapangan terbang ini ‘menghidangkan’ panorama air terjun “indoor” tertinggi di dunia, taman rama-rama dan seni bina yang memukau mata pengunjung.
Sebanyak 581,993 perkongsian dengan “#changiairport” di Instagram menunjukkan ia adalah syurga buat pengembara yang gemar merakam lokasi-lokasi menarik.
BACA: Rupa-Rupanya Ini Beras Termahal & Terbaik Di Dunia
Berikut adalah senarai lengkap lapangan terbang paling “Instagrammable”, yang menarik perhatian jutaan pengunjung dari seluruh dunia.

BACA: Ini 6 Jenama Air Mineral Terbaik Di Malaysia
BACA: Rupanya Ini Sebab Tasik Indah Ini Berwarna Merah Jambu
Sumber: Feast