Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
beras termahal dunia
Sumber: Oddity Central
Tiada Kategori

Rupa-Rupanya Ini Beras Termahal & Terbaik Di Dunia

Hannah

Rupa-Rupanya Ini Beras Termahal & Terbaik Di Dunia

Bagi berjuta-juta orang di seluruh dunia, terutamanya di Asia, beras adalah makanan asas yang menjadi sumber utama karbohidrat.

Ia membekalkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk menjalankan pelbagai aktiviti harian.

Beras memang terkenal sebagai makanan yang berkhasiat dan berpatutan, menjadikannya pilihan yang mudah diakses oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Mungkin, orang ramai beranggapan bahawa semua jenis beras mempunyai manfaat yang sama, kelihatan serupa dan memberikan rasa yang hampir sama.

Namun, jika anda sedang mencari beras yang ‘luar biasa’ dan berbeza daripada beras biasa, Kinmemai Premium adalah pilihan terbaik.

Sumber: Oddity Central

Dihasilkan oleh Toyo Rice Corporation dari Jepun, beras eksklusif ini dipilih daripada lima jenis beras terbaik Jepun yang telah memenangi pelbagai anugerah.

Butir-butir beras ini menjalani proses penuaan rasa selama enam bulan menggunakan teknologi khas penggilapan beras yang dicipta lebih 17 tahun lalu.

Hasilnya, Kinmemai Premium bukan sahaja lebih berkhasiat berbanding beras biasa, tetapi juga mempunyai rasa lemak dan beraroma kacang.

Bentuk butir beras yang menyerupai berlian kecil ini adalah hasil teknologi penggilapan unik yang hanya membuang lapisan lilin yang tidak boleh dimakan.

Selain itu, beras ini dikatakan mengandungi khasiat yang tiada tandingan, termasuk enam kali lebih banyak lipopolisakarida (LPS).

LPS adalah sejenis bahan yang mampu meningkatkan sistem imun semula jadi dan membantu mengekalkan kesihatan serta melawan penyakit—berbanding beras putih biasa.

BACA: Akhirnya Terbongkar, Lelaki Ditahan Kerana Bunuh Teman Wanita 16 Tahun Lalu

Ia juga mempunyai 1.8 kali lebih serat dan tujuh kali lebih banyak Vitamin B1. Beras ini juga tidak perlu dibilas sebelum dimasak dan mempunyai aroma serta rasa manis yang unik.

Kinmemai Premium menggunakan jenis beras yang terkenal seperti Koshihikari dan Pikamaru.

Butir-butir beras ini dipilih dengan teliti oleh pakar Toyo Corporation, dan petani yang menanamnya dibayar lapan kali lebih tinggi daripada petani biasa. Inilah antara sebab mengapa harga beras ini sangat tinggi.

Dikenali sebagai “beras terbaik di dunia”, Kinmemai Premium dijual dalam pek seberat 140 gram, dengan harga sekitar $120 (RM494.70) per kilogram.

Ia mencatatkan rekod sebagai beras paling mahal pada tahun 2016 dengan harga $109 (RM449.35) per kilogram, namun inflasi telah meningkatkan lagi harganya.

Pada mulanya, beras ini hanya dijual di Jepun, tetapi kini ia turut boleh didapati di Singapura.

Walau bagaimanapun, Kinmemai Premium tidak sesuai untuk membuat sushi kerana kekurangan kandungan kanji yang diperlukan.

Bagi menikmati rasa manis dan lemaknya, beras ini disarankan untuk hidangan Jepun yang ringkas seperti ochazuke dan tamago kake gohan.

BACA: Isu Penetapan Waktu Daftar Masuk Dan Daftar Keluar Hotel Di Malaysia

BACA: Cecah Puluhan Ribu Per Liter, Ini 5 Air Mineral ‘Harga Kayangan’

Sumber: Oddity Central