Siakap Keli
liverpool banyak gol old trafford
Gambar: AFP

Liverpool & Spurs Jaring Lebih Banyak Gol Di Old Trafford Berbanding Man United

Liverpool & Spurs Jaring Lebih Banyak Gol Di Old Trafford Berbanding Man United

Manchester United (MU) meneruskan rentak sumbang dan terumbang-ambing dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas sekali lagi tumpas di halaman sendiri.

Dalam aksi yang berlangsung tengah malam tadi, MU mudah dijinakkan oleh Tottenham Hotspurs dengan tiga gol tanpa balas.

Selepas ketinggalan 0-1 seawal minit ketiga, The Red Devils terus tempang dan terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas kapten, Bruno Fernandes dilayangkan kad merah pada minit ke-42.

Bermula babak kedua, penguasaan bola tampak lebih memihak kepada Spurs dengan MU hanya mampu bertahan di depan pintu gol sendiri dan sekali-sekala membuat serangan balas.

Kekurangan seorang pemain menentang pasukan yang bermain dengan gaya menyerang, jelas tidak banyak yang mampu MU buat di atas padang, apatah lagi untuk memenangi perlawanan tersebut.

Lebih perit, kekalahan pagi turut mencatatkan rekod tidak terduga yang pastinya tidak dimahukan oleh peminat-peminat kelab berkenaan.

Untuk rekod, selepas enam perlawanan dengan tiga aksi di laman sendiri, MU setakat ini hanya mampu menjaringkan satu gol di Old Trafford.

Gol tunggal itu hadir dalam perlawanan pembukaan liga musim ini menerusi pemain baru dibawa masuk, Joshua Zirkzee ketika melayan kunjungan Fulham.

Apa yang mengejutkan, dua pasukan lawan sebenarnya menjaringkan lebih banyak gol berbanding kelab itu di stadium keramat mereka sendiri, setakat ini.

Selain Spurs, satu lagi pasukan berkenaan adalah musuh abadi kepada MU itu sendiri iaitu Liverpool. Anak buah Arne Slot sebelum ini mencatatkan kemenangan selesa 3-0 ke atas penghuni tangga ke-12 carta liga itu pada 1 September lepas.

Malah, pemain Liverpool iaitu Luis Diaz juga muncul sebagai penjaring terbanyak di Old Trafford dalam saingan EPL setakat ini selepas menyumbat dua gol dalam perlawanan berkenaan.

Pastinya, MU mahu bangkit segera selepas sekadar mencatatkan dua kemenangan, sekali seri dan tiga kekalahan dalam enam perlawanan awal liga.

Kelab itu akan bertandang ke Villa Park, bertemu dengan Aston Villa dalam aksi liga seterusnya, pada 6 Oktober.

BACA: Awal Tak Kalut, Man United ‘Cop’ Trofi EPL Musim 2028 Mereka Yang Punya

Sumber: Fabrizio Romano

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.