Siakap Keli
man united epl 2028
Gambar: AFP

Awal Tak Kalut, Man United ‘Cop’ Trofi EPL Musim 2028 Mereka Yang Punya

Awal Tak Kalut, Man United ‘Cop’ Trofi EPL Musim 2028 Mereka Yang Punya

Selayaknya kelab gergasi, Manchester United (MU) meletakkan sasaran untuk muncul sebagai juara Liga Perdana Inggeris pada musim 2028 nanti.

Menurut Sky News, sasaran berkenaan diletakkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MU, Omar Berrada baru-baru ini.

Ketika bertemu dengan kakitangan kelab, Berrada berkata, sasaran itu diletakkan seiring sambutan ulang tahun penubuhan kelab ke-150.

Kata Berrada lagi, sasaran ditetapkan tiga tahun kerana peminat pasti akan hilang sabar jika perlu menunggu lebih lama, misalnya 10 tahun lagi.

“Saya fikir, pada 2028 kita akan meraikan sambutan ulang tahun penubuhan kelab ke-150. Jika apa yang kita usahakan ketika ini membawa kita ke satu kedudukan yang baik dalam kerangka masa yang ditetapkan, kita semua akan merasa gembira.

“Sebabnya, bukan mudah untuk mengubah MU menjadi kelab terbaik di dunia.

Man United sasar jadi juara dan julang trofi EPL pada 2028

“Sasaran terbesar MU adalah menjadi juara liga dan juara Liga Juara-juara (UCL), sasaran itu kekal. Kita adalah salah sebuah kelab terbesar di dunia,” katanya.

Untuk rekod, MU merupakan kelab Inggeris paling banyak memenangi gelaran liga domestik dengan 20 kejuaraan setakat ini.

Begitupun, pemergian pengurus legenda mereka, Sir Alex Ferguson pada 2013 membawa sekali kegemilangan kelab tersebut.

MU kali terakhir menjulang trofi keramat itu pada 2012 dan sudah 11 tahun mengejar kejuaraan ke-21 mereka.

Kelab berkenaan kini berada di bawah pimpinan pengurus dari Belanda, Erik Teng Hag dan dia merupakan pengurus keenam yang dilantik dalam tempoh sedekad.

Bersilih ganti tukar pengurus dalam tempoh sedekad

Dalam tempoh tersebut, Jose Mourinho dan Ten Hag mungkin boleh dianggap pengurus mereka paling berjaya sejak era Sir Alex Ferguson dengan masing-masing berjaya menjulang dua trofi.

Di bawah hieraki pengurusan Kumpulan INEOS, MU mungkin akan melangkah ke era baru. Selain Berrada yang dilantik sebagai CEO, kelab berkenaan turut melantik Dan Ashworth sebagai Pengarah Sukan dan Jason Wilcox sebagai Pengarah Teknikal Kelab.

Bersama Sir Jim Ratcliffe, billionaire United Kingdom yang juga pemilik minoriti MU, mereka mempunyai misi untuk membawa kelab itu ke puncak kegemilangannya semula.

BACA: Rupanya Ini Sebab Jam Dinding Cepat “Mati”

Sumber: Mirror, Goal.com, The Independent

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.