Rupanya Ini Sebab Jam Dinding Cepat “Mati”
Rasanya tidak berlebihan untuk mengatakan bahawa jam dinding adalah satu keperluan dalam rumah.
Di mana sahaja kita pergi, tidak kira rumah, pejabat atau dewan, pasti ada jam dinding yang menghiasi ruang dinding yang kosong.
Bukan sekadar hiasan, ia membantu ahli keluarga, terutamanya suri rumah, dalam menguruskan masa dengan lebih baik agar kegiatan harian berjalan lancar.
Selain itu, jam dinding direka dengan pelbagai reka bentuk menarik. Bukan sahaja berbentuk bulat, tetapi ada yang berbentuk bujur, segi tiga dan petak.
Malah, terdapat juga jam yang dihiasi dengan ayat-ayat suci Al-Quran.
Oleh itu, tidak hairanlah jam dinding dianggap sebagai satu keperluan penting dalam setiap kediaman.
Bagaimanapun, penggunaan jam dinding kadangkala agak leceh kerana ia sering “mati” atau kehabisan bateri.
Bahkan, ada yang baru sahaja digunakan seminggu sudah tidak berfungsi.
Justeru, SK hari ini akan berkongsi satu rahsia untuk memastikan jam dinding rumah anda lebih tahan lama dan tidak berhenti berpusing dalam tempoh singkat.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari ikuti perkongsian Zulkifli Bin Ahmad di bawah.
Sebab jam dinding cepat “mati”

Puas fikir pasal apalah jam dinding dekat rumah selalu rosak. Rupanya selama ni, main letak sahaja bateri AA. Malam ni baru tahu.
1. Bateri Alkeline untuk kamera dan Remote ( mahal, dan paling kuat ). Kalau letak pada jam, memang jam akan cepat rosak.
2. Super extra heavy duty untuk barang elektrik radio, mainan dan lampu. Sama juga. Kalau letak dekat jam, memang akan cepat rosak.
3. Heavy duty untuk jam. Ni lah yang paling sesuai. Lagi mudah, guna je jam kedai RM2 tu.
Semoga bermanfaat.
BACA: Ringgit Malaysia Makin Kukuh, Ini Kesan Terhadap Negara & Rakyat
BACA: Seronoknya Hidup Berpakat, Penghuni Kerjasama ‘Hias’ PPR Tak Ubah Kondo Mewah
BACA: Air Terjun Tertinggi Di Dunia Bukan Di Darat, Tetapi Dalam Lautan Ini
Sumber: Zulkifli Bin Ahmad via Facebook