Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
ppr ubah kondo mewah
Gambar: TikTok @hanakamie

Seronoknya Hidup Berpakat, Penghuni Kerjasama ‘Hias’ PPR Tak Ubah Kondo Mewah

Iqbal Yasir

Seronoknya Hidup Berpakat, Penghuni Kerjasama ‘Hias’ PPR Tak Ubah Kondo Mewah

Meski tanpa ikatan darah, hidup berjiran sebenarnya umpama hidup dalam sebuah keluarga besar.

Komunikasi dan kesepakatan amat penting bagi membentuk komuniti yang sihat dan harmoni.

Ini lebih dirasai terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan berpenduduk padat seperti flat atau kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR).

Mana tidaknya, jiran-jiran berada di sekeliling penghuni-atas, bawah, kiri dan kanan.

Sebagai warga yang bertanggungjawab, setiap penduduk perlu menjaga kawasan kediaman bersama, termasuk ruang-ruang umum seperti lobi dan lif.

Kawasan ini digunakan oleh semua penghuni, jadi kebersihan dan keadaan kawasan ini memberi kesan kepada keselesaan seluruh komuniti.

Jika tidak dijaga, lama-kelamaan dinding akan bertukar hitam, lantai menjadi kotor dan keseluruhan persekitaran akan kelihatan usang dan tidak menyenangkan.

Menariknya, usaha luar biasa penghuni PPR di Lembah Subang mendapat perhatian apabila berjaya mengubah suasana kediaman mereka menjadi lebih cantik, seolah-olah sebuah kondominium mewah.

Menerusi video yang dikongsi oleh pemilik akaun TikTok @hanakamie, jelas terlihat perubahan besar pada kawasan kediaman tersebut sebelum dan selepas ia dihias.

Kredit: TikTok @hanakamie
Kredit: TikTok @hanakamie
Kredit: TikTok @hanakamie

Dinding-dinding yang dahulunya kusam dan hitam kini dihiasi dengan tanaman hijau, cermin, hiasan dinding dan ayat-ayat suci Al-Quran.

Setiap sudut PPR ini dijaga rapi oleh penduduk sendiri yang bersatu tenaga mengecat dan menghias semula persekitaran mereka.

Malah, lantai yang dahulunya hanya bersimen kini ditukar kepada mozek yang lebih kemas dan menarik.

Siapa sangka, dengan kesepakatan dan usaha sama, kejiranan itu mampu mencipta suasana yang begitu selesa dan indah.

Lebih-lebih lagi, ini semua adalah hasil daripada usaha sepenuhnya oleh komuniti di situ.

“Untuk makluman ini adalah inisiatif Pertandingan (Kita – untuk – kita Kebersihan dan Keceriaan PPR Lembah Subang 1),” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Gambar: TikTok @hanakamie

Menjengah ke ruangan komen, ia dipenuhi dengan pujian dan rasa kagum daripada warga maya terhadap inisiatif ini.

Rata-rata mereka memuji semangat kesepakatan yang ditunjukkan oleh penduduk PPR itu.

“Terbaik. Inilah mentaliti yang kita perlukan. Mulakan dengan satu tingkat, kemudian sebarkan ke tingkat lain. Biar tinggal di PPR, tapi mentaliti macam duduk di kondo mewah,”

“Duduk ramai-ramai memang perlukan kesepakatan, bukan mudah. Syukur ada jiran yang prihatin macam ni,”

“Keluar lif pun rasa nak buka selipar sebab nampak bersih sangat,”

BACA: Kapal Layar Ini Dilihat ‘Terbang’ Atas Air, Pakar Jelas Ini Sebabnya

BACA: Kenapa Gred ‘S’ Yang Terbaik Di Jepun, Bukannya ‘A’?

BACA: Bekas Hos Blue’s Clues Tanya Khabar, Anak-anak 90-an Kongsi Suka-duka Jadi Dewasa

Sumber: TikTok @hanakamie