Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Bekas Hos Blue’s Clues tanya khabar
Kredit: @hioutthereitsmesteve
Tiada Kategori

Bekas Hos Blue’s Clues Tanya Khabar, Anak-anak 90-an Kongsi Suka-duka Jadi Dewasa

Athirah

Bekas Hos Blue’s Clues Tanya Khabar, Anak-anak 90-an Kongsi Suka-duka Jadi Dewasa

Generasi yang lahir sekitar 90-an dan awal 2000-an mempunyai pelbagai memori yang sangat sukar dilupakan.

Selain aktif bermain aktiviti di luar rumah, kanak-kanak pada zaman itu juga disajikan dengan pelbagai program televisyen yang sangat menarik.

Pada waktu itu, terdapat banyak rancangan tempatan dan luar negara yang begitu mengujakan untuk ditonton sehingga adakalanya kita mahu melangut di depan kaca tv 24 jam sehari.

Salah satu rancangan popular yang menjadi perhatian sehingga kini adalah Blue’s Clues yang memaparkan seekor anjing berwarna biru bersama ‘pemiliknya’.

Di awal-awal Blue’s Clues ke udara, rancangan itu dihoskan Steve Burns yang memakai baju kemeja belang hijau.

Namun pada tahun 2002, Steve telah mengumumkan untuk meninggalkan rancangan berkenaan dan sekaligus membuat orang ramai menjadi sangat sedih.

Bekas hos Blue’s Clues tanya khabar

Selepas 22 tahun berlalu, Steve kembali bertanya khabar kepada orang ramai menerusi satu video yang dimuat naik di akaun Tiktok @hioutthereitsmesteve.

“Hi, apa khabar? Bagaimana keadaan awak? Apa yang baru? Saya hanya ingin tahu keadaan anda,” katanya kepada penonton.

Ketika Steve menanyakan soalan itu kepada orang ramai, secara tiba-tiba raut wajahnya menjadi sedih sewaktu memandang ke arah kamera.

Melihat kepada penampilan terkini Steve, membuatkan kita semua sedar bahawa masa sudah lama berlalu dan kita kini sudah menjadi dewasa.

Ada peminat-peminat rancangan Blue’s Clues kini sudah pun berada di alam pekerjaan, mendirikan rumah tangga dan memiliki cahaya mata.

Namun, mereka tetap memberi respon kepada soalan yang diajukan oleh Steve dan berkongsi perjalanan hidup masing-masing.

Anak-anak 90-an kongsi suka-duka jadi dewasa

Apa yang menyedihkan, ada juga yang meluahkan tentang kisah duka yang dilalui mereka. Ia seakan mengiakan hakikat bahawa kehidupan di alam dewasa amatlah sukar tidak seperti di zaman kanak-kanak dahulu.

“Steve, saya ingat jadi dewasa itu menyeronokkan. Tetapi setelah dewasa, saya kini teringin hendak kembali ke zaman di mana saya duduk dan menonton Blue’s Clues sahaja.”

“Saya akhirnya berjaya memiliki rumah. Saya kini bukan lagi seorang gelandangan, Steve.”

“Saya tidak tahu apa puncanya saya menangis ketika ini. Adakah kerana melihat video lelaki ini yang datang dan bertanya khabar kepada kita semua, kanak-kanak yang pernah ‘dibesarkannya’ atau membaca kisah anda semua.”

“Saya kepenatan. Saya cuma berharap dapat berpatah balik dan memulakan semua semula, sama seperti Blue’s Clues.”

Sebenarnya, banyak lagi komen-komen menyentuh hati ditinggalkan pada hantaran tersebut.

Namun rata-rata berharap masa dapat diundurkan semula dan mereka dapat kembali menjadi kanak-kanak sekali lagi.

BACA: Mendapan Di Jalan Sultan Ismail Disebabkan Paip Pecah Bawah Tanah – Bomba

Bagi anda pula, apa yang anda ingin kongsikan bersama Steve?

Sumber: @hioutthereitsmesteve