Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Gred 'S' jepun
Gambar: Richard A. Brooks/AFP

Kenapa Gred ‘S’ Yang Terbaik Di Jepun, Bukannya ‘A’?

Iqbal Yasir

Kenapa Gred ‘S’ Yang Terbaik Di Jepun, Bukannya ‘A’?

Di Malaysia, kita biasa dengan gred ‘A’ sebagai penanda kecemerlangan. Namun, di Jepun, gred terbaik yang diberikan adalah ‘S’.

Mungkin kedengaran ‘pelik’ bagi sesetengah orang, tetapi itulah hakikatnya.

Perasan tak, setiap kali bermain permainan video Jepun, akan ada gred ‘S’, ‘A’, ‘B’, ‘C’, ‘D’, ‘E’ dan ‘F’ yang menilai prestasi permainan anda?

Sekiranya kita berjaya menyelesaikan misi dengan sempurna, skor yang diberikan adalah ‘S’.

Tetapi, pernah tak korang terfikir, apa sebenarnya maksud di sebalik skor ‘S’ ini, dan mengapa bukannya skor ‘A’ yang mewakili pencapaian tertinggi?

Bagi merungkai persoalan yang bermain di fikiran anda, mari ikuti perkongsian yang dibawakan SK di bawah.

Asal-usul gred ‘S’

Menurut portal eventhubs.com, gred ‘S’ melambangkan tahap pencapaian yang lebih tinggi daripada ‘A’ atau ‘A+’.

Gred ini digunakan untuk menggambarkan kecemerlangan dan kesempurnaan dalam sesuatu tugas atau prestasi.

Tahukah anda, penggunaan gred ‘S’ ini sebenarnya bermula dalam sistem penggredan akademik sekolah di Jepun?

Pada mulanya, sebelum perang (tidak dinyatakan secara spesifik), sistem penggredan masih menggunakan gred ‘A’.

Namun, selepas perang, Jepun merombak sistem akademiknya.

Dalam sistem ini, gred ‘S’ diperkenalkan bagi pelajar yang menunjukkan prestasi luar biasa, melebihi jangkaan biasa.

Gred ‘S’ sebenarnya berasal daripada perkataan Jepun “shū” yang bermaksud ‘Sempurna’ atau ‘Terbaik’.

Pelajar yang berjaya meraih gred ‘S’ dianggap sebagai pelajar cemerlang yang patut dicontohi.

Gambar: StudyJapan

Permainan video

Gambar: Giantbomb.com

Sistem penggredan sekolah ini turut mempengaruhi dunia permainan video.

Walaupun tidak diketahui secara pasti permainan pertama yang menggunakan sistem ini, ia dipercayai telah diperkenalkan pada awal era permainan video Jepun, sekitar tahun 1980-an hingga 1990-an.

Sejak itu, penggunaan gred tersebut telah berkembang pesat bukan hanya di Jepun tetapi juga di seluruh dunia.

Difahamkan, pemain dengan gred ‘S’ merasa istimewa kerana pencapaian mereka diiktiraf dengan gred yang tertinggi.

Sekarang, baru anda tahu bagaimana wujudnya gred ‘S’ ini. Menarik, bukan?

BACA : Cecah Puluhan Ribu Per Liter, Ini 5 Air Mineral ‘Harga Kayangan’

BACA: Ini 5 Produk Malaysia Yang Disangka Milik Indonesia

BACA: Dijangka Berterusan Hingga Awal November 2024, Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Fasa Peralihan Monsun

Sumber: EventHubs.com