Dijangka Berterusan Hingga Awal November 2024, Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Fasa Peralihan Monsun
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) baru-baru ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung Fasa Peralihan Monsun yang dijangka bermula hari ini, berterusan sehingga awal November 2024.
Menurut kenyataan itu, permulaan fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak 17 Mei 2024.

Fasa Peralihan Monsun adalah tempoh peralihan antara Monsun Barat Daya (cuaca yang lebih kering) dan Monsun Timur Laut (hujan lebat).
Kebiasaannya, ia berlaku antara penghujung Mac sehingga pertengahan Mei dan penghujung September sehingga awal November.
Ini berlaku terutamanya di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta kawasan selatan dan tengah Sarawak.
Corak cuaca semasa Fasa Peralihan Monsun
- Tiupan angin lemah dari pelbagai arah.
- Langit cerah pada waktu pagi.
- Ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang yang lebih menyeluruh dalam jangka masa singkat pada petang hingga awal malam.
- Berpotensi menjana puting beliung dan menghasilkan hujan batu.
Kesan cuaca akibat Fasa Peralihan Monsun
- Banjir kilat
- Tanah runtuh
- Kepala air
- Pokok tumbang
- Panahan kilat
- Kerosakan struktur tidak kukuh
Justeru itu, orang ramai adalah dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada sepanjang tempoh ini.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk.
BACA: Jangan Ambil Mudah, Ini Lima Sebab Lampu ABS Kereta Menyala
BACA: Ini 6 Tip Memandu Kereta Ketika Hujan Lebat, No.3 Ramai Yang Terlepas Pandang
BACA: Lelaki Kongsi Tip Atasi “Side Mirror” Berkabus Waktu Hujan
Sumber: METMalaysia