Siakap Keli
Jangan Ambil Mudah
Kredit: @altimatautogarage via TikTok 

Jangan Ambil Mudah, Ini Lima Sebab Lampu ABS Kereta Menyala

Jangan Ambil Mudah, Ini Lima Sebab Lampu ABS Kereta Menyala

Sebagai pemilik kereta, kita sebenarnya wajar mempunyai pengetahuan asas tentang sistem kenderaan yang kita guna setiap hari, kan?

Semua kereta moden hari ini dilengkapi pelbagai sensor dan maklumat yang diwakili sensor berkenaan dipaparkan pada bahagian papan pemuka atau meter kenderaan.

Apabila ada yang tidak kena dengan mana-mana sistem, sensor akan memberi isyarat yang boleh diakses pada kedua-dua bahagian tersebut.

Setidak-tidaknya apabila isyarat-isyarat tertentu muncul, kita dapat mengenal pasti situasi yang sedang berlaku pada kenderaan dan mengambil langkah sewajarnya.

Misalnya, sistem brek anti-kunci (ABS) yang ada pada kereta boleh dipantau menerusi simbol ABS pada meter kenderaan.

Sekiranya simbol tersebut aktif dan menyala, pasti ada yang tidak kena dengan kenderaan kita. Masalahnya, apa punca lampu ABS tersebut menyala?

Jadi kali ini, SK ingin kongsikan kepada anda mengapa lampu ABS pada kenderaan boleh menyala dan jenis risiko yang anda akan dihadapi.

Untuk makluman pembaca, tip berkenaan diambil daripada perkongsian mekanik menerusi TikTok @altimatautogarage

Kenapa lampu amaran ABS menyala secara tiba-tiba?

Sistem ABS ini sangat penting kerana ia berfungsi untuk memastikan keselamatan pemandu dan penumpang dalam perjalanan.

Menurut @altimatautogarage, minyak brek boleh menjadi antara sebab utama lampu amaran ABS menyala. Cecair brek menentukan tekanan dalam ABS, malah terdapat bekas takungan yang khusus untuk menyimpan minyak brek ini.

Apabila berlakunya kebocoran pada bekas takungan itu, paras minyak brek akan berkurangan, sekaligus menyebabkan lampu amaran ABS menyala.

Kedua, @altimatautogarage turut berkongsi setiap roda kereta dengan ABS dipasangkan sensor halaju untuk mengukur kadar pergerakan. Jika sensor ABS anda bermasalah, ia akan menyebabkan lampu amaran terus menyala.

Sistem ABS rosak, boleh bahayakan nyawa anda dan orang sekeliling

@altimatautogarage berkata, modul ABS yang rosak juga menyumbang kepada berlaku masalah sistem ABS. Difahamkan, sekiranya sistem modul mengalami kerosakan, komponen tersebut gagal mendapatkan maklumat daripada sensor ABS.

Walaupun kerosakan itu tidak seteruk yang disangkakan, namun ia boleh menjejaskan sistem ABS hingga mengakibatkan lampu amaran menyala.

Keempat, lampu amaran biasanya akan menyala sekiranya sistem komputer kereta mengesan sebarang kerosakan atau masalah pada mana-mana bahagian dan komponen kereta.

Tambah @altimatautogarage lagi, sama seperti komponen elektrik kereta yang lain, sistem ABS dilengkapi dengan fiusnya yang tersendiri dan terdedah kepada risiko kerosakan seperti terbakar.

Akhir sekali, lampu amaran ABS akan menyala sekiranya pam hidraulik kenderaan anda sudah uzur ataupun rosak.

Video tersebut memberi manfaat kepada para penonton

Jika kenderaan anda mengalami masalah seperti yang diatas, anda perlu segera membawa kenderaan ke pusat penyelenggaraan untuk pemeriksaan lanjut. Hal ini bagi mengelakkan insiden kegagalan brek dan membahayakan nyawa.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya berterima kasih dengan perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok berkenaan.

Anda juga boleh menonton video daripada @altimatautogarage di bawah untuk memahami lebih lanjut cara yang dimaksudkan. Semoga bermanfaat.

BACA: Pengarah Syarikat Warga Bangladesh Ditahan Disyaki Rasuah Penguat Kuasa

@altimatautogarage

5 puncalampu ABS korang menyala hati2 dengan sistem brek ni main nyawa!!! bengkel bengkelkereta bengkelrepairkereta bengkelrepairaircondkereta bengkelserviceaircondkereta bengkelkeretakuang bengkelkeretasungaibuloh aircondkereta aircondkeretataksejuk aircondkeretapanas aircondkeretabocor aircondkeretabaubusuk automotive automotif automotivemalaysia automotifmalaysia bengkelmalaysia otomotif otomotifindonesia otomotifmobil otomotif_indonesia otomotifzone kereta car cars carsoftiktok carslover carspotting carscene carshow mobil bengkelmobil bengkelindonesia trending viral fyp

♬ original sound – Altimat Auto Garage – Altimat Auto Garage

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.