Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
kesan ringgit malaysia kukuh
Gambar: BERNAMA

Ringgit Malaysia Makin Kukuh, Ini Kesan Terhadap Negara & Rakyat

Iqbal Yasir

Ringgit Malaysia Makin Kukuh, Ini Kesan Terhadap Negara & Rakyat

Mata wang setiap negara mempunyai nilai yang berubah-ubah mengikut keadaan ekonomi semasa, termasuk Ringgit Malaysia.

Baru-baru ini, Ringgit menunjukkan peningkatan apabila dibuka lebih tinggi berbanding Dolar Amerika Syarikat (USD).

Peningkatan nilai Ringgit ini didorong oleh Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia yang lebih rendah daripada jangkaan serta pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS sebanyak 50 mata asas.

Usaha kerajaan MADANI dalam memperkukuh ekonomi negara turut menyumbang kepada pengukuhan ini, dengan jangkaan nilai Ringgit boleh mencecah RM4.07 berbanding USD.

Namun, pernahkah anda pernah terfikir akan kesan daripada pengukuhan Ringgit ini terhadap ekonomi negara dan rakyat?

Berikut adalah lima kesan utama yang perlu difahami.

Kelebihan Mata Wang Ringgit Tinggi

Gambar: Bernama

1. Kos pelancongan ke luar negara lebih rendah

Dengan penurunan nilai USD, kos pelancongan ke negara yang menggunakan mata wang tersebut akan menjadi lebih murah.

Ini membolehkan rakyat Malaysia merancang perjalanan ke luar negara dengan kos yang lebih rendah, kerana nilai Ringgit yang lebih kukuh.

Sebagai contoh, kadar pertukaran Ringgit ke USD akan memberi nilai yang lebih baik, menjadikan perbelanjaan lebih menjimatkan.

2. Barangan import lebih murah

Penurunan nilai USD akan mengurangkan kos barangan import seperti elektronik, pakaian dan kereta.

Secara tidak langsung, kuasa beli pengguna akan meningkat seiring peningkatan nilai Ringgit.

Dalam bahasa yang mudah, rakyat dapat menikmati atau menbeli barangan luar negara dengan harga yang lebih murah berbanding sebelumnya.

3. Harga minyak lebih stabil

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pengukuhan Ringgit turut mempengaruhi harga minyak global.

Ini kerana negara yang sangat bergantung kepada eksport minyak mentah atau import tidak akan terkesan dengan harga komoditi.

Lebih-lebih lagi, transaksi minyak dijalankan menggunakan sistem petrodollar.

Keadaan ini memberikan keuntungan kepada pengguna dalam negara, termasuk mereka yang memiliki kenderaan sendiri.

4. Peningkatan kemasukan pelabur asing

Nilai Ringgit yang lebih kukuh akan menarik minat pelabur asing untuk melabur dalam negara.

Pelaburan asing bukan sahaja memberikan pulangan yang baik kepada pelabur, tetapi juga membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Ini seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

5. Mata wang Rizab dunia melemah

Penurunan nilai USD sebagai mata wang rizab dunia akan menyebabkan permintaan terhadapnya berkurang.

Sebaliknya, lonjakan nilai Ringgit akan meningkatkan daya saing ekonomi negara, seterusnya mengurangkan kebergantungan terhadap mata wang asing.

BACA: Kanak-Kanak 12 Tahun Jadi Pelajar Termuda Daftar Masuk UM

BACA : 33 Terkorban, 195 Cedera Dalam Serangan Israel Ke Atas Lubnan – Kementerian Kesihatan

BACA: PNM Galak Rakyat Membaca, Tegas Industri Buku Kekal Releven Di Era Digital

Sumber:

Investopedia