Siakap Keli
terbunuh Serangan Israel Lubnan
Gambar: AFP

33 Terkorban, 195 Cedera Dalam Serangan Israel Ke Atas Lubnan – Kementerian Kesihatan

33 Terkorban, 195 Cedera Dalam Serangan Israel Ke Atas Lubnan – Kementerian Kesihatan

ISTANBUL, 29 Sept (Bernama) — Sekurang-kurangnya 33 orang terkorban manakala 195 lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas Lubnan pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu memetik Kementerian Kesihatan negara itu.

Pesawat perang Israel meneruskan serangan udara di pinggir selatan Beirut, menyasarkan kawasan Chyah, Borj al-Barajneh dan sebahagian Lylaki, serta beberapa bandar di selatan Lubnan.

Menurut Menteri Kesihatan Firas Alabiad pada sidang media awal hari ini, serangan antara Hizbullah dan Israel yang bermula sejak Oktober lepas mengorbankan 1,640 orang termasuk 104 kanak-kanak dan 194 wanita, serta mencederakan 8,408 yang lain.

Hizbullah dan Israel telah terlibat dalam serangan rentas sempadan sejak permulaan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza, yang telah mengorbankan hampir 41,600 mangsa.

Serangan udara besar-besaran terbaru oleh Israel itu turut mengorbankan Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah.

BACA: Sekurang-Kurangnya Seorang Maut Dan 100 Cedera Dalam Letupan Baharu Di Lubnan

BACA: Angka Korban Serangan Udara Israel Di Lubnan Meningkat Hampir 500

BACA: Israel Isytihar Darurat Sehingga 30 September Ini

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.