Siakap Keli
Letupan di Lubnan
Gambar: AFP

Sekurang-Kurangnya Seorang Maut Dan 100 Cedera Dalam Letupan Baharu Di Lubnan

Sekurang-Kurangnya Seorang Maut Dan 100 Cedera Dalam Letupan Baharu Di Lubnan

BEIRUT, 19 Sept (Bernama) — Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan 100 lagi cedera dalam gelombang letupan terkini yang berkaitan dengan peranti elektronik di Lubnan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik Kementerian Kesihatan di Beirut, pada Rabu.

Saksi di kawasan itu memberitahu dpa bahawa letupan baharu kedengaran di pinggir selatan Beirut dan selatan Lubnan pada Rabu.

Satu sumber dalaman militan pro-Iran, Hizbullah berkata peranti tanpa wayar seperti walkie-talkie telah meletup, dan sumber keselamatan Lubnan mengesahkan bahawa walkie-talkie berkenaan meletup, sebahagiannya di dalam kereta dan ada yang dibawa oleh anggota Hizbullah menaiki motosikal.

Bunyi letupan itu berlaku pada waktu sama dengan tempoh berkabung Hizbullah bagi sebahagian daripada mereka yang terbunuh dalam letupan alat kelui pada Selasa, yang mengorbankan 12 orang dan mencederakan kira-kira 2,800 yang lain.

“Serangan ini akan menerima hukuman balas, dan hukuman itu akan datang, Insya-Allah,” kata Pengerusi Majlis Eksekutif Hizbullah, Hashem Sefeiddine, semasa pengebumian.

Beliau berkata Ketua Hizbullah Hassan Nasrallah akan menyampaikan pandangannya pada Khamis apabila “segala-galanya akan menjadi lebih jelas.”

“Kami akan berdepan dengan corak baharu dan konfrontasi baharu dengan musuh,” kata Sefeiddine.

Sumber: BERNAMA

BACA JUGA: Dua Pelancong China Maut, Kereta Ditimpa Pokok Tumbang & Konkrit Di Pulau Pinang

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.