Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
pelancong china maut pokok tumbang
Kredit: Sinar Harian
Tiada Kategori

Dua Pelancong China Maut, Kereta Ditimpa Pokok Tumbang & Konkrit Di Pulau Pinang

Athirah

Dua Pelancong China Maut, Kereta Ditimpa Pokok Tumbang & Konkrit Di Pulau Pinang

Dua pelancong dari China dilapor maut selepas tersepit dalam sebuah kenderaan yang dihempap pokok tumbang bersama runtuhan konkrit.

Menurut Astro Awani, kejadian berkenaan berlaku di Lebuh Gereja, George Town kira-kira pukul 2.19 petang tadi.

Mangsa yang masing-masing lelaki berumur 50-an dan wanita berusia 30-an meninggal dunia di tempat kejadian.

Dalam pada itu, Komender Operasi Komander Operasi, Pegawai Zon Daerah Timur Laut Jabatan Bomba Pulau Pinang, Muhammad Syafiq Noor Azman berkata, panggilan kecemasan diterima pihaknya kira-kira 2.19 petang.

Manakala pasukan penyelamat yang dikerah ke lokasi kejadian tiba enam minit kemudian.

“Berlaku runtuhan bangunan bersama dengan pokok dan telah menghempap tiga buah kereta di mana salah sebuah kereta tersebut terdapat dua mangsa tersepit.

“Kita berjaya membawa keluar mangsa, seorang mangsa perempuan 30-an, dan seorang lelaki 50-an, kedua-duanya warga China pada 5.15 petang dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh KKM dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

Ketika kejadian, kedua-dua mangsa dilapor baru sahaja memasuki kenderaan tersebut yang diparkir di hadapan bangunan Penang Peranakan Mansion.

Menurut Astro Awani, dua pelancong tersebut berada bersama pemandu pelancong warga tempatan dalam kereta berkenaan. Bagaimanapun, pemandu pelancong tersebut sempat menyelamatkan diri.

Sementara itu, kerja-kerja memotong pokok yang dianggarkan mempunyai saiz tiga pemeluk itu dilakukan dengan kerjasama beberapa agensi lain.

Ia termasuklah menggunakan khidmat kren untuk mengalihkan pokok berkenaan.

Tambah Muhammad Syafiq, pasukan penyelamat melalui pelbagai cabaran seperti cuaca tidak menentu dan kesukaran kren untuk melalui kawasan berkenaan yang agak sempit.

Manakala keadaan cuaca ribut dan angin kencang yang melanda Pulau Mutiara sejak kebelakangan ini dipercayai menjadi punca pokok tersebut tumbang.

Namun, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

BACA: Tak Pulang Selepas Rawatan Dialisis, Warga Emas Ditemui Meninggal Dunia Dalam Kereta

Sumber: Astro Awani