Siakap Keli
Dilapor Hilang Selepas Dialisis
Kredit: Bernama

Tak Pulang Selepas Rawatan Dialisis, Warga Emas Ditemui Meninggal Dunia Dalam Kereta

Tak Pulang Selepas Rawatan Dialisis, Warga Emas Ditemui Meninggal Dunia Dalam Kereta

Seorang warga emas ditemui meninggal dunia di bahagian tempat duduk penumpang sebuah kereta Proton Saga di Muar, pada Selasa, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, mayat lelaki itu ditemui kira-kira pukul 3.30 pagi.

“Polis mengesahkan maklumat berhubung penemuan seorang lelaki warga emas yang telah meninggal dunia di lokasi.

“Siasatan mendapati mangsa berusia 63 tahun ditemui tidak sedarkan diri di tempat duduk belakang sebuah kereta Proton Saga warna kelabu di Bandar Muar.

Siasatan punca kematian mangsa masih diteruskan

“Pihak polis telah merakam percakapan anak mangsa yang merupakan pemilik kenderaan tersebut dan mengesahkan bapanya menghidap penyakit buah pinggang serta menjalani rawatan dialisis di Masjid Tanah,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.

Menurut Sinar Harian lagi, mayat mangsa kini berada di Hospital Muar, manakala polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut.

Malah, polis turut mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah dikesan melibatkan kematian mangsa.

Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa.

Sebelum ini, satu hantaran mengenai pencarian mangsa menjadi tular di media sosial.

Mangsa yang berasal dari Ayer Limau dan tinggal di Taman Paya Rumput dikatakan tidak pulang ke rumah walaupun rawatan dialisisnya telah tamat kira-kira jam 10 pagi.

BACA: Kanak-kanak Sembilan Tahun Hampir Diculik Ketika Tunggu Van Sekolah

Sumber: Sinar Harian

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.