Siakap Keli
kanak-kanak diculik van sekolah
Gambar: BERNAMA

Kanak-kanak Sembilan Tahun Hampir Diculik Ketika Tunggu Van Sekolah

Kanak-kanak Sembilan Tahun Hampir Diculik Ketika Tunggu Van Sekolah

Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun berdepan detik cemas apabila hampir menjadi mangsa culik di Bukit Beruntung pada Jumaat lalu, lapor Awani.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata kejadian berlaku ketika kanak-kanak itu sedang menunggu van sekolah di blok rumahnya.

Menurut Mohd Asri, kira-kira jam 8.56 malam pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berkenaan kejadian itu di Balai Polis Bukit Sentosa.

“Wanita berkenaan memaklumkan anaknya yang berusia sembilan tahun itu dipercayai cuba dilarikan oleh seorang wanita tidak dikenali semasa menunggu van sekolah di bawah blok rumahnya di Bukit Beruntung.

“Siasatan polis mendapati suspek merupakan seorang wanita tempatan cuba melarikan kanak-kanak tersebut, namun gagal apabila kanak-kanak itu berjaya melarikan diri ke kedai berhampiran dan menjerit meminta tolong.

“Saksi awam yang berada di tempat kejadian telah berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu, namun suspek melarikan diri apabila cuba ditahan orang ramai,” katanya.

Susulan itu, kertas siasatan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan telah dibuka.

“Polis menasihati ibu bapa supaya lebih peka terhadap anak-anak serta jangan meninggalkan mereka sendirian semasa di luar rumah kerana ia akan mengundang peluang dan ruang kepada penjenayah.

“Polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641223,” ujarnya.

Sumber: Awani

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.