Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
israel darurat 30 september
Kredit: Anadolu Agency

Israel Isytihar Darurat Sehingga 30 September Ini

Azizah Najib

Israel Isytihar Darurat Sehingga 30 September Ini

Israel dilapor mengumumkan darurat sehingga 30 September ini, lapor Anadolu Agenscy.

Pengumuman itu dibuat ditengah-tengah peningkatan serangan Israel ke atas Lubnan dan jangkaan peluasan serangan roket oleh Hizbullah.

Menurut media tempatan, menteri kabinet Israel mengundi untuk mengisytiharkan situasi darurat itu di seluruh Israel.

Undian berkenaan dikatakan dibuat melalui panggilan telefon, seperti yang dicadangkan oleh Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.

BACA: Polis Mohon Bantuan Orang Ramai Kesan Lelaki OKU Hilang

Dibawah pengisytiharan tersebut, tentera Israel kini diberi kuasa untuk mengeluarkan arahan kepada orang awam. Antaranya menghalang perhimpunan, mengehadkan sesi persekolahan dan mengeluarkan arahan tambahan yang lain.

Pengisytiharan itu juga dibuat selepas cubaan tentera Israel untuk membunuh seorang komander tertinggi Hizbullah, Ali Karaki.

Terdahulu, Radio Tentera Israel memetik sumber tentera memaklumkan satu serangan udara dilancarkan pihaknya di pinggir selatan Beirut yang menyasarkan Ali Karaki.

Namun tiada pengumuman lanjut dibuat selepas serangan berkenaan.

BACA: Status Bencana Di Dua Negeri, Babit 5,210 Mangsa

Dalam pada itu, BERNAMA melaporkan angka korban akibat serangan udara Israel di selatan dan timur Lubnan pada Isnin meningkat kepada 492 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Seramai 58 wanita dan 35 kanak-kanak antara yang terkorban, selain 1,645 orang cedera, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Lubnan.

BACA: Pasport Hilang Ketika Melancong, Apa Nak Buat? Ikut Langkah Ini

Menteri Kesihatan Firas Abiad berkata sebelum ini, serangan udara Israel memaksa ribuan penduduk melarikan diri dari selatan Lubnan ke arah utara, terutamanya mereka yang berada berhampiran kawasan sempadan.

Tentera Israel pada Isnin mendakwa bahawa mereka menyerang lebih 1,100 sasaran Hezbollah di selatan dan timur Lubnan dalam tempoh 24 jam lepas.

Lebih 1,400 jenis peluru digunakan tentera Israel dalam 650 serangan udara melalui jet pejuang mereka di Lubnan.

Sumber: Anadolu Agency, BERNAMA

BACA: Jangan Buang, Ini Tip Paling Mudah Cuci Bekas Plastik Berminyak