Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Polis Mohon Bantuan Orang Ramai Kesan Lelaki OKU Hilang
Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada hari ini meminta bantuan orang ramai mengesan seorang lelaki berbangsa Melayu berumur 45 tahun yang dilaporkan hilang.
Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Polis Daerah Selama Perak, Khalil Saidin, 45, kali terakhir dilihat memakai baju kemeja T berwana hitam dengan topi merah.
Mangsa merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) jenis lembam yang mempunyai ketinggian 170 sentimeter dengan berambut hitam, nipis dan pendek.
Selain itu, mangsa turut mempunyai misai dan gigi yang jarang dan berbadan gempal.
Polis mohon bantuan kesan Khalil Saidin, lelaki OKU dilapor hilang
Manakala alamat terakhir mangsa adalah di Jalan Bendang Nering, Kampung Bukit Bertam di Batu Kurau, Perak.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan mangsa diminta untuk tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan polis.
Selain itu, saksi yang mempunyai maklumat juga boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes, SM Sabran Ramli di talian 019-4773605.
Sumber: Polis Daerah Selama Perak