Siakap Keli
teaser squid game 2
Kredit: Netflix via Facebook

“Anda Dijemput Hadir,” Teaser Terbaru Squid Game 2 Curi Tumpuan

“Anda Dijemput Hadir,” Teaser Terbaru Squid Game 2 Curi Tumpuan

Siri drama popular dari Korea Selatan, “Squid Game 2” akhirnya telah mengeluarkan teaser rasminya di media sosial, hari ini.

Drama survival yang dibintangi oleh Lee Jung-jae dan Park Hae-soo bakal menemui peminat pada 26 Disember 2024 di Netflix.

“Anda dijemput hadir. #SquidGame2 bakal tiba di Netflix, 26 Disember,” kata Netflix.

Teaser yang memaparkan Gong Yoo memulakan harinya dengan melihat pemandangan gunung yang luas. Pelakon itu turut dilihat mengambil sesuatu dari peti besi iaitu sampul berwarna merah, kad jemputan dan sejumlah wang.

Selepas memasuki ke dalam lif, Gong Yoo secara tiba-tiba berada di stesen kereta api bawah tanah, di mana ia merupakan kawasan permulaan bagi Squid Game musim pertama.

BACA: Malaysia Antara 5 Destinasi Syurga Makanan Terbaik Di Asia

Kemudian, Gong Yoo melihat ke arah kamera dan bertanyakan satu soalan yang pernah diajukan dalam musim pertama kepada ‘penonton’ iaitu “adakah anda mahu bermain permainan bersama saya?”

Teaser tersebut diakhiri dengan muzik latar belakang siri drama Squid Game, manakala paparan mesej “sertai permainan itu lagi” telah menarik perhatian para peminat.

Squid Game musim kedua menampilkan pelakon daripada musim pertama, bergandingan dengan ‘ahli terbaru’ termasuk Im Si-wan, Kang Ha-neul, Lee Jin-uk dan Choi Seung-hyun.

Squid Game 1 pernah cetus fenomena suatu ketika dulu

Sebelum ini, “Squid Game” musim pertama yang dibarisi pelakon hebat dan plot unik telah meraih perhatian dunia.

Bukan sahaja popular di Korea Selatan, malah ia berjaya menduduki No 1 di ranking Netflix beberapa negara seperti Hong Kong, Indonesia Jepun Kuwait, Filipina, Arab Saudi dan Singapura.

Selain itu, ia turut menjadi fenomena di Thailand, Vietnam, Bolivia, Ecuador, Jamaica, Jordan, Kuwait, Morocco, Oman, Peru, Qatar, US, Taiwan, Emiriah Arab Bersatu dan semestinya Malaysia.

Menurut Bernama, ‘Squid Game’ menjadi drama bukan bahasa Inggeris pertama memenangi anugerah pelakon dan pengarah terbaik bagi kategori drama bersiri di Anugerah Primetime Emmy.

Ini adalah pertama kali siri TV bukan Inggeris memenangi Emmy, penghormatan yang paling didambakan dalam industri TV Amerika Syarikat.

Drama yang boleh diakses menggunakan platform Netflix itu memperoleh 14 pencalonan di Emmys pada tahun 2022.

https://x.com/NetflixMY/status/1840905728326058469

Sumber: Netflix via Facebook

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.