Siakap Keli
Malaysia Destinasi Syurga Makanan
Kredit: Agoda & Bernama

Malaysia Antara 5 Destinasi Syurga Makanan Terbaik Di Asia

Malaysia Antara 5 Destinasi Syurga Makanan Terbaik Di Asia

Malaysia berada di kedudukan kelima bagi destinasi ‘syurga’ makanan terbaik di Asia.

Menerusi tinjauan Agoda yang telah dijalankan, sebanyak 49 peratus pelancong ke Malaysia menyatakan faktor utama mereka ke negara ini adalah disebabkan makanannya.

Tinjauan ini melibatkan lebih 4,000 pengguna Agoda setelah mereka melengkapkan tempahan ke destinasi percutian mereka di pelbagai negara pasaran Agoda.

Berdasarkan data tinjauan Agoda, negara Korea Selatan berada di kedudukan teratas dalam senarai tersebut dengan 64 peratus pelancong memilih negara itu. Di tangga kedua dan ketiga destinasi ‘syurga’ makanan adalah negara Taiwan (62 peratus) dan Thailand (55 peratus).

Manakala, negara Jepun (52 peratus) berada di tangga keempat.

Kredit: Agoda

BACA: Makanan Tradisi Malaysia, CIA Kongsi Fakta Nasi Lemak Raih Tumpuan Ramai

Pengarah Negara Malaysia dan Brunei di Agoda, Fabian Teja berkata, makanan bukan hanyalah terhad kepada kelangsungan hidup, malah ia telah menjadi sebahagian daripada pengalaman budaya.

“Data tinjauan kami jelas menunjukkan bahawa para pelancong mencari destinasi untuk menikmati makanan dan tradisi tempatan, bukan hanya bersiar-siar

“Agoda berbangga untuk membawakan tawaran bernilai hebat ke destinasi syurga makanan agar anda dapat menjimatkan wang untuk dibelanjakan ke atas hidangan tempatan yang lazat,” ujarnya.

Keunikan cita rasa pelbagai masakan Malaysia mencerminkan warisan budaya masyarakat majmuk setempat. Di Kuala Lumpur, para pelancong boleh merasai Nasi Lemak dengan pelbagai jenis lauk yang berbeza.

Misalnya dari Nasi Lemak Bungkus yang biasa sehinggalah Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah.

Kredit: Agoda

Selain itu, negeri Pulau Pinang pula terkenal dengan makanan gerai tepi jalan yang klasik seperti Char Kway Teow, Mee Hokkien dan Cendol.

Di Kota Kinabalu pula, para pelancong harus mencuba hidangan tempatan yang segar seperti Hinava (salad ikan mentah) dan Mee Tuaran.

Manakala di Kuching, jangan ketinggalan untuk menikmati Manok Pansuh iaitu hidangan ayam tradisional Iban yang dimasak dalam buluh dengan campuran herba.

Malaysia adalah Destinasi Paling Dikunjungi oleh Pencinta Makanan dari Singapura

Menurut Agoda, pelancong dari Malaysia yang menyatakan makanan sebagai faktor pendorong untuk bercuti sering berkunjung ke negara Thailand, diikuti oleh Indonesia dan Taiwan.

Namun sebaliknya, Malaysia pula sering dikunjungi oleh pencinta makanan dari Singapura.

Kredit: Agoda

BACA: Tiga Keluarga Terperangkap, Air Banjir Naik Paras Pinggang Di Sik

Sumber: Agoda

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.