Siakap Keli
Naik Motor Dari Melaka
Kredit: Universiti Utara Malaysia via Facebook

Budi Seorang Abang, Gigih Naik Motor Hantar Adik Dari Melaka Ke UUM

Budi Seorang Abang, Gigih Naik Motor Hantar Adik Dari Melaka Ke UUM

Setiap orang di atas muka bumi ini pasti mempunyai impian dan cita-cita yang mahu dicapai, lebih-lebih lagi jika mampu menaikkan taraf hidup kita.

Peluang menyambung pelajaran di dalam atau luar negara menjadi impian semua pelajar di Malaysia. Ada yang berimpikan ke Eropah dan ada juga yang menyimpan hasrat menyambung pelajaran ke Timur Tengah atau ke Mesir.

Namun begitu, terdapat segelintir pelajar yang tidak dapat melanjutkan pengajian mereka disebabkan oleh kekurangan sumber kewangan dan sebagainya.

Meskipun banyak cabaran yang menanti, berkat kesungguhan dan kecekalan untuk menyambung pelajaran pasti akan dimudahkan.

Dari Melaka ke Universiti Utara Malaysia

Baru-baru ini, seorang mahasiswa telah menarik perhatian ramai apabila menaiki motosikal dari Sungai Udang, Melaka ke Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Universiti Utara Malaysia, individu yang dikenali sebagai Ee Tai Zhi merupakan antara 4,195 pelajar UUM mendaftar pada pagi ini.

Difahamkan, pelajar berkenaan bersama abangnya, 27, yang merupakan seorang penjual buah-buahan telah menempuh perjalanan selama dua hari sebelum sampai di destinasi.

Ketika dua beradik ini tiba di Bangunan Canselori, mereka telah disambut oleh pihak pentabiran universiti iaitu Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Foad Sakdan dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed.

Menurut hantaran itu lagi, Ee Tai Zhi bakal mengikuti Program Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti, bahkan berjanji untuk memberi fokus apabila kuliah bermula.

“Saya tak menduga mendapat pilihan program yang saya minati dan ingin menimba pengalaman baru di Lembah Sintok.

“Saya berjanji untuk memberi tumpuan penuh dan mengambil segala ilmu yang diajar pensyarah berpengalaman,” kata pelajar tersebut.

https://www.facebook.com/universitiutaramalaysia/posts/pfbid055DjQMt3UwZTAnSEUoxvFZAAuQzMscuSt14zk9xbPwNvdw3SSHvJPTDRWQ56Vj1Ll?mibextid=xfxF2i

UUM terima 4,195 pelajar baharu untuk sesi 2024/2025

Menurut Astro Awani, UUM menerima kemasukan 4,195 pelajar baharu terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa yang mengikuti 48 program pengajian Sarjana Muda sesi 2024/2025.

Menurut Naib Canselor UUM, Prof Datuk Mohd Foad Sakdan, 4,061 pelajar terbabit merupakan pelajar tempatan lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Diploma, Matrikulasi, Asasi Pengurusan UUM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Sehingga 1 Oktober 2024, jumlah mahasiswa UUM adalah 30,149 pelajar iaitu 24,671 bagi pengajian Sarjana Muda dan 5,478 untuk pengajian pascasiswazah.

BACA: Luar Biasa, Dua Pelajar Malaysia Raih “Double Master” Dari Universiti Ohio, Amerika

Sumber: Universiti Utara Malaysia via Facebook

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.