Siakap Keli
waktu daftar masuk dan daftar keluar
Sumber : BERNAMA

Kajian Pindaan Akta Industri pelancongan 1992 [Akta 482]

Kajian Pindaan Akta Industri pelancongan 1992 [Akta 482]

PUTRAJAYA, 25 SEPTEMBER 2024 – Kementerian Pelancongan, Seni  dan Budaya (MOTAC) kini sedang melaksanakan kajian pindaan Akta  Industri Pelancongan 1992 [Akta 482]. Pelaksanaan kajian pindaan Akta ini  bakal meningkatkan keberkesanan kerangka kawal selia dalam mendepani  isu dan cabaran yang dihadapi oleh industri pelancongan negara.

Ini termasuklah cabaran dari segi peningkatan platform dan syarikat  pelancongan atas talian serta pengusaha kecil dan sederhana tanpa lesen  yang memberikan perkhidmatan pelancongan yang boleh menyebabkan  pembangunan dan operasi yang tidak terkawal, seterusnya mengakibatkan  kepentingan dan hak-hak pengguna terjejas. 

Kajian yang dilaksanakan ini terbahagi kepada dua (2) fasa. Fasa pertama kajian yang bermula pada Oktober 2023 bertujuan untuk mengenalpasti  senario dan cabaran industri pelancongan dan dijangka selesai pada bulan  September 2024. Selanjutnya, fasa kedua kajian pula bakal melibatkan  proses semakan dan pindaan Akta serta peraturan-peraturan berkaitan  mulai Oktober 2024 dan dijangka selesai pada suku kedua tahun 2025. 

Fasa pertama kajian melibatkan penyertaan seramai 1,108 peserta dalam 54 sesi focus group discussion (FGD) dan libat urus yang terdiri daripada  wakil-wakil Kementerian, agensi Kerajaan, Persatuan Agensi Pelancongan  dan Pengembaraan Malaysia yang diiktiraf, persatuan industri  pelancongan, dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dari seluruh negara  termasuk Sabah dan Sarawak.

Antara persatuan yang terlibat adalah  Malaysia Association Of Tour & Travel Agent (MATTA), Bumiputra Travel 

And Tour Agents Association Of Malaysia (BUMITRA), Malaysian Inbound Tourism Association (MITA), Malaysian Chinese Tourism Association (MCTA), Malaysian Association Of Hotel Owners (MAHO) dan Malaysia  Indian Travel & Tours Association (MITTA). Sesi libat urus ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas mengenai isu-isu yang dihadapi pemain industri serta kelompangan dalam aspek perundangan dan  penguatkuasaan di bawah Akta 482.  

Bagi fasa kedua kajian pula, melibatkan semakan dan pindaan Akta 482 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Sebanyak sembilan (9) sesi libat  urus dan satu (1) seminar kebangsaan akan dilaksanakan melibatkan  penyertaan pihak-pihak berkepentingan.

Sehubungan itu, besar harapan Kementerian supaya pelaksanaan sesi libat urus yang meluas ini akan  membolehkan suara segenap pihak berkepentingan dapat diwakili bagi  memastikan cadangan pindaan Akta yang dilaksanakan dapat  memperkukuh kerangka tadbir urus industri pelancongan negara dan  seterusnya menggalakkan pemain industri untuk terus berkembang dalam  persekitaran yang kondusif. Pada masa yang sama, aspek kepentingan dan  hak pengguna juga akan dipelihara.  

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.