Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Athirah
Operasi Pencarian Sabari
Kredit: Bernama

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

JITRA, 1 Okt (Bernama) — Pencarian pesara Felcra Sabari Baharom, 62, yang dicampak ke dalam Sungai Padang Terap dekat sini, diteruskan hari ini.

Operasi melibatkan Pasukan Polis Marin, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) itu bermula 9 pagi tadi.

Difahamkan radius pencarian diperluas kepada 12.8 kilometer sepanjang sungai bermula dari Jambatan Kampung Empa, Derang dekat sini iaitu lokasi mangsa dipercayai dicampak.

Semalam, polis mengesahkan mangsa dicampak ke dalam Sungai Padang Terap dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup dengan pita pelekat.

Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh dilaporkan turut mengesahkan penahanan dua suspek lelaki tempatan berusia 26 dan 38 tahun, Jumaat lepas.

Media sebelum ini melaporkan Sabari hilang sejak 4 Sept lepas dan kereta dinaiki mangsa kemudiannya ditemukan hangus di Belantik, Sik.

Kehilangan bekas pegawai kewangan itu disedari anaknya selepas telefon bimbit mangsa dimatikan selain terdapat transaksi pengeluaran wang daripada akaun bank milik Sabari.

BACA: Dipercayai Kerana Rosakkan Motor, Bapa Tikam Anak Hingga Maut

Sumber: Bernama