Siakap Keli
Rakyat Malaysia ekonomi indonesia
Gambar: Bernama

Malaysia Penyumbang Terbesar Ekonomi Indonesia

Malaysia Penyumbang Terbesar Ekonomi Indonesia

Malaysia dilaporkan adalah penyumbang terbesar kepada ekonomi pelancongan Indonesia, menurut laporan CNBC Indonesia.

Berdasarkan data daripada Badan Pusat Statistik (BPS), sebanyak 648,113 pelancong direkodkan pada Ogos lalu, di mana 580,378 daripadanya adalah pelancong asing.

Rakyat Malaysia “aset” penting ekonomi Indonesia

Pemangku Ketua BPS, Amalia Adininggar Widyasanti, menyatakan bahawa 31.22 peratus daripada pelancong asing tersebut berasal dari Malaysia.

Negara lain yang turut menyumbang jumlah pelancong tinggi termasuk Arab Saudi (20.53 peratus), Singapura (13.70 peratus), Thailand (5.50 peratus) dan Timor Leste (4.26 peratus).

Selain itu, ini termasuk pelancong dari China (4.04 peratus), Kemboja (3.37 peratus), Australia (2.11 peratus), Jepun (1.93 peratus) dan Korea Selatan (1.46 peratus).

Bagaimanapun, jumlah keseluruhan pelancong pada Ogos menurun sebanyak 29.38 peratus berbanding Julai 2024 yang mencatatkan 917,804 pelancong.

Dalam pada itu, berdasarkan data mobiliti yang diterbitkan, majoriti pelancong asing ke Indonesia menggunakan pengangkutan udara, dengan jumlah 513,170 orang.

Selain itu, pelancong turut menggunakan pengangkutan laut (92,670 orang), laluan darat (42,470 orang), Pelabuhan Batam (63,200 orang) dan Lapangan Terbang Kualanamu (58,300 orang).

“Secara keseluruhan, jumlah kumulatif pelancong asing yang melancong ke luar negara bagi tempoh Januari hingga Ogos 2024 ialah 5.99 juta orang, meningkat 20.93 peratus berbanding Januari hingga Ogos 2023 iaitu 4.95 juta.

“Bagaimanapun, ia masih lebih rendah berbanding tempoh Januari hingga Ogos 2019 atau sebelum wabak Covid-19, iaitu 7.74 juta perjalanan,” tambah Widyasanti.

Selain Indonesia, ribuan rakyat Malaysia “masuk” Thailand

Terdahulu, pelancong dari Malaysia ke Hatyai, bandar raya di selatan Thailand yang meriah, meningkat dua kali ganda kepada 20,000 orang setiap hari semasa Krismas dan musim cuti hujung tahun, menyumbang lebih 2 bilion Baht kepada ekonomi tempatan dalam tempoh dua minggu sebelum tahun berakhir.

Presiden Persatuan Hotel-Hotel Songkhla, Hatyai (Hatyai Songkhla Hotels Association), Sitthipong Sitthiprapha berkata daya tarikan Hatyai yang tidak dapat dinafikan terletak pada gabungan pilihan makanan yang enak dan beraneka, akses yang mudah dan pilihan penginapan pada harga berpatutan yang menarik minat ramai rakyat Malaysia.

Beliau berkata Hatyai telah mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi kegemaran bagi penggemar pelancongan yang mencari percutian yang menarik dan mesra bajet.

BACA: Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap Tujuh Warga Filipina Kekal

BACA: Khabib Bertemu TMJ, Cadang Buka Gimnasium Latihan Rasmi Di Johor

BACA: Batik Air Lancar Laluan Terus Dari Subang ke Kota Bharu Bermula 21 Oktober Ini

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.