Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar: Sinar Harian

Tak Amal Apa-Apa Petua, Jamal Abdillah Kongsi Rahsia Awet Muda

Iqbal Yasir

Tak Amal Apa-Apa Petua, Jamal Abdillah Kongsi Rahsia Awet Muda

Penyanyi popular, Datuk Jamal Abdillah mendedahkan dirinya tidak mengamalkan sebarang petua awet muda walaupun usia sudah mencecah 65 tahun.

Sebaliknya, penyanyi legenda itu berkongsi bahawa beliau hanya mengamalkan gaya hidup sihat agar memastikan dirinya sentiasa bertenaga.

Sering disoal mengenai rupa paras yang tak ubah seperti golongan muda, Jamal atau Jamal Ubaidillah Mohd Ali tidak menolak ia berkemungkinan dari faktor genetik.

“Saya tidak amalkan apa-apa petua, pengambilan makanan tambahan berasaskan tumbuhan itu adalah, tetapi saya memang jaga kesihatan dari usia muda, setiap hari joging.

“Mungkin ini adalah faktor keturunan sebab arwah ayah saya masa umur 75 tahun pun masih tiada uban,” ujarnya.

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui pada sidang media Konsert Amal Night of Love & Compassion di Kumpulan Media Karangkraf baru-baru ini.

Dalam pada itu, ditanya mengenai dua anaknya Yamani Abdillah dan Zaki Yamani, beliau mengakui kedua-duanya mempunyai persamaan dalam gaya lantunan nyanyiannya.

Sebagai bapa, Jamal berkata sudah tentu mereka hampir mempunyai persamaan suaranya kerana pertalian darah.

“Saya tidak melihat itu sebagai satu masalah kerana mereka anak saya dan mereka nyanyi pun lagu saya. Kadang-kadang ada penganjur nak ambil Jamal Abdillah tak mampu, ambil anak. Jadi ada permintaan untuk bawa lagu saya dan anak pun nyanyi seperti saya.

“Lagipun bila bapa dan anak, memang tidak boleh lari persamaan suara, lihat seperti arwah Saleem dan anaknya, Syafiq.

“Saya tidak ada masalah, cuma harap anak-anak lebih kreatif untuk olah gaya nyanyian itu supaya orang tidak terus membandingkan,” jelasnya lagi.

BACA: Lelaki Kongsi Sebab Perlu Elak Buka Aircond Ketika Memandu Laju

BACA: Nabila Huda Kehilangan Aoki, ‘Pergi’ Selepas Bertarung Sakit Buah Pinggang

Sumber:

Sinar Harian