Siakap Keli
kedai dobi zon larangan merokok
Gambar: BERNAMA

Kedai Dobi, Bangunan Tempat Kerja Kini Termasuk Zon Larangan Merokok

Kedai Dobi, Tempat Kerja Kini Termasuk Zon Larangan Merokok

Kedai dobi dan bangunan tempat kerja kini menjadi kawasan terbaru yang dikategorikan sebagai Zon Larangan Merokok, lapor Sinar Harian.

Ia selepas kedua-dua kawasan berkenaan telah digazetkan di dalam senarai Tempat Dilarang Merokok di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, penambahan itu menjadikan secara keseluruhan tempat larangan merokok kini adalah sebanyak 28 tempat.

“Tindakan penguatkuasaan secara berterusan terhadap kedua-dua tempat ini bermula selepas 1 Januari 2025,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Kedai dobi kini antara zon larangan merokok

Ujar beliau, pihaknya akan menjalankan penguatkuasaan secara berfasa iaitu dengan memberikan tempoh masa selama tiga bulan kepada pemilik premis berkenaan.

“Pastinya saya sangat bersyukur, dobi yang menjadi tempat tumpuan ibu-ibu dan membawa anak-anak,” ujar Dr Dzulkefly lagi.

Menurut Sinar Harian, sebelum ini hanya tempat kerja yang mempunyai penyaman udara sahaja digazetkan di dalam senarai tersebut.

Bagaimana pun, dengan penambahan terbaru ini, mana-mana premis tempat kerja sama ada terbuka atau mempunyai penyaman udara turut termasuk dalam Akta 852.

Kompaun sehingga RM5,000 menanti

Antara tempat-tempat lain yang disenaraikan sebagai kawasan larangan merokok termasuklah bangunan hentian pengangkutan awam dan kawasan lapangan terbang (kecuali kawasan atau bilik merokok yang diluluskan).

Selain itu, stadium, pusat kecergasan atau gimnasium serta kawasan rehat dan rawat turut termasuk dalam senarai tersebut.

Mana-mana individu yang melanggar akta tersebut pula berdepan dengan kompaun sehingga RM5,000.

BACA: “Jangan Nilai Kami Sekarang, Tetapi Nilailah Kami Hujung Musim Nanti” – Ten Hag

Sumber: Sinar Harian

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.