Siakap Keli
jangan nilai ten hag
Gambar: AFP

“Jangan Nilai Kami Sekarang, Tetapi Nilailah Kami Hujung Musim Nanti” – Ten Hag

“Jangan Nilai Kami Sekarang, Tetapi Nilailah Kami Hujung Musim Nanti” – Ten Hag

Bakal pengurus legenda Manchester United (MU), Erik Ten Hag terus berada dalam tekanan selepas pasukannya sekali lagi mencatatkan keputusan hambar.

Dalam aksi Piala Europa UEFA (UEL), saingan taraf kedua di Eropah, anak buahnya hanya sekadar mencatat keputusan seri, 3-3 ketika bertemu Porto pagi tadi.

Walaupun berjaya membawa pulang 1 mata dari gelanggang lawan, namun keputusan seri itu bermakna ini adalah perlawanan keempat berturut-turut MU gagal mencatatkan sebarang kemenangan.

Oleh itu, keputusan berkenaan dijangka akan terus-menerus ‘memanggil’ para pengkritik dan penganalisis bola sepak antarabangsa melontarkan kritikan pedas terhadap Ten Hag.

Ini kerana, MU dibawah bimbingannya dikatakan tidak mempunyai identiti permainan yang jelas dan sering mencatatkan keputusan tidak konsisten.

Jangan nilai kami sekarang, tetapi nilailah kami hujung musim nanti – Ten Hag

Malah, selepas membelanjakan lebih £560 juta untuk membeli pemain yang dikehendakinya, MU masih lagi dilihat bukan pilihan utama untuk memenangi trofi mana-mana pertandingan yang disertai.

Bagaimanapun, Ten Hag dalam satu kenyataan selepas perlawanan pagi tadi meminta para peminat terus bersabar dengan pasukannya.

“Kami masih dalam proses (membina pasukan). Anda cuma perlu bersabar dan kami akan mencapainya.

“Jangan hakimi kami sekarang, tetapi nilailah kami pada hujung musim nanti. MU akan bertambah baik. Kami ada dua musim di mana kami berjaya mencapai sehingga ke pusingan akhir.

“Kami memulakan permainan ini dengan baik, namun kemudian kehilangan sedikit kawalan. Tetapi, kami berjaya menamatkan perlawanan ini dengan baik.

“Jujurnya, kami harus melakukan lebih baik apabila mengawal bola. Sering bertukar-tukar kerana kami mempunyai pelan perlawanan yang baik.

“Sudah tentu, kami juga perlu bertahan dengan lebih baik,” katanya.

Pemain MU ada mentaliti yang kuat

Beliau kemudian menegaskan bahawa semua pemain dan staf di MU mempunyai hubungan dan mentaliti yang kuat untuk memenangi sesuatu.

“Pasukan ini ada karakter yang kuat, tetapi ada bahagian-bahagian tertentu yang kami perlu perbaiki,” katanya lagi.

Dalam pada itu, MU sudah tentu mahu bangkit dengan segera dan mempunyai kesempatan untuk membuktikan sesuatu dalam perlawanan seterusnya.

The Red Devils bakal berkunjung ke Villa Park untuk bertemu Aston Villa dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad nanti.

Bagaimanapun, MU mungkin berdepan dengan laluan berliku dalam perlawanan itu tersebut.

Ia selepas anak buah Unai Emery masih berada dalam mood positif selepas berjaya menundukkan gergasi Bundesliga, Bayern Munich dalam aksi Liga Juara-juara (UCL), dua hari lepas.

BACA: Tak Mahu Bayar COD, Pelanggan Salahkan Hantu Yang Buat Pesanan

Sumber: Bein Sport, Sport Star

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.