Siakap Keli
warga emas maut melecur
Kredit: JBPM Via Bernama

Warga Emas Maut Melecur 90 Peratus, Kereta Dipandu Terbakar

Warga Emas Maut Melecur 90 Peratus, Kereta Dipandu Terbakar

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) — Seorang lelaki warga emas maut selepas melecur 90 peratus apabila kereta jenis Perodua Kancil yang dipandunya terbakar dalam kejadian di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, Selangor, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.39 petang sebelum lapan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan dikerahkan ke lokasi kejadian.

BACA: Warga Emas Maut Diserang Gajah Liar 

“Anggota bomba menemukan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 80-an tidak jauh daripada kenderaan yang terbakar.

“Tubuh mangsa dianggarkan melecur 90 peratus dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk tindakan lanjut dan setakat ini siasatan dijalankan untuk mengenal pasti punca kenderaan tersebut terbakar.

Sumber: BERNAMA

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.