Siakap Keli
mowgli malaysia terkini
Sumber: Syukor Khamis via Facebook

Netizen Terkejut Lihat Gambar Terkini ‘Mowgli Malaysia’

Pernah Viral Gambar Fotogenik Bersama Kerbau Kesayangan, Netizen Terkejut Lihat Gambar Terkini ‘Mowgli Malaysia’

Pernah tular suatu ketika dahulu, gambar ikonik seorang kanak-kanak bersama kerbau ternakannya berjaya mencipta fenomena di media sosial.

Gambar ini, yang dipotretkan oleh jurugambar Malaysia, Abdullah Dean atau lebih dikenali sebagai Dallah Dean, menampilkan sosok yang kemudian dikenali sebagai ‘Mowgli Malaysia’.

Gambar ini bukan sahaja mengundang perhatian di dalam negara, tetapi turut diiktiraf di pentas antarabangsa.

Ia menjadi terkenal selepas terpilih untuk dipamerkan di Austrian Cultural Forum di Itali, dalam himpunan gambar terbaik Alfred Fried Photography Award 2018.

Selain itu, ia memenangi Anugerah Istimewa dari Siena International Photo Awards bagi kategori Wajah dan Karektor Menarik.

Tidak berhenti di situ, gambar tersebut turut dinobatkan sebagai pemenang Asian Geographic: Imej Asia 2018 bagi kategori Manusia atau Jalanan (Street or People).

Difahamkan, sosok kanak-kanak berusia 14 tahun dalam gambar tersebut ialah Mohd Syukor Khamis, yang terkenal dengan hubungan erat bersama kerbau kesayangannya.

Sumber: Syukor Khamis via Facebook

Baru-baru ini, Syukor kembali menjadi sorotan apabila GIATMARA Malaysia menerusi laman Facebook berkongsi gambar terkini ‘Mowgli Malaysia’ itu sebagai salah seorang pelajar di institut tersebut.

“Macam kenal? Mungkinkah dia? Raut wajah ini seperti insan dikenali yang pernah tular satu masa dahulu.

“Kini beliau telah berjaya menamatkan Kursus Teknologi Motosikal selama 6 bulan di GIATMARA Hulu Terengganu.

“Beliau telah beraksi di Ekspo TVET@KKDW dalam pertandingan servis motosikal yang diadakan di Melaka tempoh hari.

“Dengan jolokan ‘Mowgli Malaysia’ sebelum ini, beliau kelihatan selesa bersama peliharaannya yang kelihatan begitu akrab dan bersahaja.

“Ya benar! Beliau adalah Syukor Khamis- ‘The Kampung Boy’ yang pernah tular bersama kerbau kesayangan sejak beliau masih kecil lagi,” tulis hantaran di laman Facebook.

Tambah GIATMARA, Syukor memilih bidang kemahiran motosikal kerana ingin meneruskan legasi keluarga yang memiliki bengkel motosikal sendiri.

https://www.facebook.com/MyGIATMARA/posts/pfbid02CpHzeF9WkJEwkcnLsg6dWbBf8zTa336Gxb1YygCAsjRXZXzr9JAvBYeVv11eUei1l?locale=ms_MY

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai warga maya yang kagum dengan perkembangan terkini Syukor.

Ramai yang tidak menyangka kanak-kanak yang pernah membintangi telemovie “Budok Kuba” itu kini telah dewasa.

“Rasa macam minggu lepas je viral pasal kerbau. Cepat betul masa berlalu,”

“Kenapa cepat sangat budak-budak membesar?”

“Budak ni dah besar ke aku yang makin tua?”

“Besar dah Kampung Boy kita. Tahniah, semoga terus berjaya,”

BACA: “Nampak sangat aku dah tua…” Netizen Tak Sangka “Budi” Tentang Bulan Dah Ada Isteri & Anak

BACA: Bapa Kongsi Perkembangan Positif Ainul Mardhiah, Bayi Tular Derita Kanser Mulut Suatu Ketika Dulu

BACA: Derita Komplikasi Penyakit Hati Tahap Akhir, Adik Eileen Perlu Bantuan Jalani Pembedahan Di China

Sumber: GIATMARA Malaysia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.