Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Adik Eileen Pembedahan Hati
Gambar: Nadi Permata Malaysia

Derita Komplikasi Penyakit Hati Tahap Akhir, Adik Eileen Perlu Bantuan Jalani Pembedahan Di China

Iqbal Yasir

Derita Komplikasi Penyakit Hati Tahap Akhir, Adik Eileen Perlu Bantuan Jalani Pembedahan Di China

“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul,” itulah ungkapan yang dapat digambarkan mengenai keadaan adik Eileen Zareen yang menghidapi penyakit Biliary Atresia, komplikasi penyakit hati tahap akhir.

Difahamkan, adik Eileen Zareen Mohd Hafiz Harith memerlukan dana sejumlah RM180,000 bagi melakukan pembedahan pemindahan hati di China.

Menurut sebuah amal bukan kerajaan, Nadi Permata Malaysia, tahap kesihatan adik Eileen semakin merosot dan perlu menjalani pembedahan segera.

Bagaimanapun, jumlah kutipan dana yang diperolehi setakat 4 Oktober 2024 hanyalah sebanyak RM33,637.91.

“Kondisi adik Eileen semakin merosot, tetapi dana yang terkumpul masih belum mencukupi,” maklum Nadi Permata Malaysia.

Tambahan lagi, lebih kurang RM146,362 masih diperlukan oleh adik Eileen bagi menjalani pembedahan pemindahan hati tersebut.

Sehubungan itu, pihak Nadi Permata Malaysia memohon orang ramai menghulurkan bantuan terhadap kanak-kanak perempuan itu.

“Marilah rakyat Malaysia membantu adik Eileen. RM1 sangat bermakna untuk adik Eileen.

“Minta jasa baik tolong kongsi. Mari kita bersama sama tag influencer, artis dan pempengaruh media agar lebih ramai dapat menyebarkan kisah adik Eileen,” tulis badan amal kebajikan itu di laman Facebook.

Dalam pada itu, sumbangan buat adik Eileen boleh disalurkan melalui akaun bank 551575307417 (Maybank) Pertubuhan Kebajikan Nadi Permata Malaysia.

BACA: Terpaksa Matang Demi Keluarga Di Usia 15 Tahun, Adik Aiman Perlu Sumbangan Ringankan Beban

BACA: Pemindahan Hati Berjaya, Keadaan Adik Ayra Sumayyah Bertambah Baik

BACA: Bapa Kongsi Perkembangan Positif Ainul Mardhiah, Bayi Tular Derita Kanser Mulut Suatu Ketika Dulu

Sumber: Facebook Nadi Permata Malaysia