Siakap Keli
Adik Ayra Sumayyah
Gambar: Nadi Permata Malaysia

Pemindahan Hati Berjaya, Keadaan Adik Ayra Sumayyah Bertambah Baik

Pemindahan Hati Berjaya, Keadaan Adik Ayra Sumayyah Bertambah Baik

“Kasih ibu membawa ke syurga” itulah ungkapan yang boleh digambarkan selepas proses pembedahan pemindahan hati (Operation Liver Transplant) yang didermakan oleh Noor Shahieda Ajamin kepada anaknya Ayra Sumayyah Mohamad Assahid berjaya dilakukan pada 12 Jun lalu.

Menurut Shahieda, keadaan dia dan anak kesayangannya semakin stabil dan tiada sebarang komplikasi selepas pembedahan itu dilakukan.

“Dua-dua dalam keadaan baik. Saya dah boleh jalan dan buat aktiviti macam biasa. Ayra juga semakin hari semakin baik, bacaan kuning turun, kulit dan mata kembali normal dah tak warna kuning.

“Hati yang Ayra terima daripada saya tu Alhamdulillah dalam keadaan baik dan sesuai untuk dia, selain perut dah tak membesar,” ujarnya.

Sementara itu, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Nadi Permata Malaysia turut memaklumkan kepulangan keluarga berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi semalam.

Adik Ayra Sumayyah
Gambar: Nadi Permata Malaysia

“Kepulangan yang dinanti. Syukur Alhamdulillah adik Ayra dan ibu bapanya serta pasukan Nadi Permata telah selamat mendarat pada jam 9.20 pagi di KLIA.

“Terima kasih rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan adik Ayra Sumayyah sekeluarga daripada bermulanya perjalanan untuk melakukan pembedahan permindahan hati di Shanghai, China hingga semuanya selesai dan selamat sampai di tanah air,” tulis badan itu.

Bagaimanapun, bayi perempuan itu perlu menerima rawatan susulan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), selepas dua minggu berada China dan dibenarkan pulang ke Malaysia.

BACA: Cantik, Ini Senarai Baju Kontinjen Negara Lain Ke Olimpik Paris 2024

Menurut Nadi Permata Malaysia, adik Ayra adalah bayi yang ke-40 berjaya dibawa oleh mereka untuk melakukan pembedahan berkenaan.

“Keadaan adik Ayra dan ibunya sebagai penderma juga stabil dan syukur alhamdulilah tiada apa-apa komplikasi yang lain,” maklum NGO itu sewaktu dihubungi oleh SK.

Gambar: Fb Shahieda Ajamin

Shahieda sebelum ini turut memuat naik satu perkongsian di akaun Facebook miliknya, untuk memanjat doa daripada orang ramai untuk proses pembedahan pemindahan hati sehari sebelum buat dia dan anaknya, seorang Biliary Atresia (BA) atau kegagalan fungsi hati.

Mereka bersama Nadi Permata Malaysia telah berangkat ke China pada 31 Mei lalu.

Terdahulu, Ayra pernah mendapat perhatian kerana dikesan menghidap kegagalan fungsi hati atau Biliary Atresia sejak berusia dua minggu.

Sumber: Nadi Permata Malaysia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"