Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Tular Awan Seperti Lukisan
Kredit: Noah Dixon via Facebook
Tiada Kategori

Penduduk Terkesima, Bentuk Awan Persis Lukisan Van Gogh Muncul Di Langit

Athirah

Penduduk Terkesima, Bentuk Awan Persis Lukisan Van Gogh Muncul Di Langit

Apabila berbicara tentang fenomena di langit, yang biasa terlintas di fikiran tentunya berkenaan kejadian seperti gerhana bulan, matahari dan pelangi.

Bagaimanapun, jarang-jarang sekali kita menyentuh topik tentang formasi awan kerana pada pandangan kita, bentuk awan itu sama sahaja setiap hari.

Tanggapan itu sebenarnya silap kerana bentuk awan berubah-rubah setiap masa. Formasi awan yang muncul, terutamanya ketika hendak hujan adakalanya sangat menarik untuk diperhatikan.

Apatah lagi, jika bentuk-bentuk awan yang unik ini wujud ketika fasa matahari terbit dan terbenam. Fenomena alam yang kelihatan pada waktu tersebut sememangnya akan memukau setiap mata yang memandang.

Jadi, selalulah dongak kepala ke atas. Mana tahu, anda berpeluang menyaksikan sendiri formasi awan unik lagi indah, bak lukisan yang menghiasi langit.

Awan seperti dalam lukisan Van Gogh muncul di Kanada

Baru-baru ini, penduduk di sebuah bandar di Kanada menjadi saksi kepada kemunculan fenomena awan yang kelihatan seperti lukisan karya peluking agung, Vincent van Gogh.

Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan oleh pengguna Facebook Noah Dixon dalam kumpulan Ottawa Photography Network, pemuda ini berjaya merakan fenomena awan yang mirip dengan lukisan Starry Night.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai yang menyaksikan fenomena tidak melepaskan peluang untuk merakam kejadian tersebut dan kemudian berkongsi di media sosial.

Antara perkongsian yang menjadi tular adalah rakaman-rakaman yang diambil di kawasan selatan Amerika Syarikat dan England.

Fenomena awan ini dikenali sebagai “Awan Asperitas”

Penemuan itu telah menarik perhatian orang ramai. Menurut MSN, awan tersebut dikenali sebagai Awan Asperitas yang merupakan fomrasi awan yang jarang dilihat dan unik.

Pertubuhan Meteorologi Sedunia mengiktiraf awan asperitas secara rasmi pada 2015, menjadikannya jenis awan yang berbeza yang pertama dalam tempoh lebih 50 tahun.

Fenomena ini lazimnya dikaitkan dengan pembentukan awan stratokumulus (awan rendah) dan awan altokumulus (awan pertengahan).

Starry Night | Sanctuary Mental Health

Ini bermakna, awan ini boleh ditemui pada ketinggian beberapa ribu meter sehingga 4 kilometer dari permukaan tanah.

Bagaimana awan asperitas terbentuk?

Pertubuhan Meteorologi Dunia berkata awan asperitas tidak selalu membawa bersama cuaca hujan.

Biasanya, awan ini sering muncul selepas hujan turun atau ribut petir berlaku, namun ada kes dimana awan asperitas muncul sebelum kedua-dua fenomena cuaca berkenaan mengambil tempat.

Setakat ini, ahli meterologi tidak tahu secara tepat bagaimanapun formasi awan berkenaan terhasil.

Namun mereka berteori bahawa awan asperitas terbentuk disebabkan ‘poket’ udara yang naik dan tenggelam dalam atmosfera.

Ia juga mungkin dipengaruhi oleh pergerakan angin yang menukar arah dengan pantas, yang dikenali sebagai wind shear.

BACA: Hadiah Nobel Fizik Dianugerahkan Kepada Perintis Pembelajaran Mesin

Sumber: Ottawa Photography Network via Facebook, MSN