Terkini

Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Gambar: PBB

Dua Anggota Pengaman PBB Cedera Dalam Serangan Israel Di Lubnan

Athirah

BEIRUT, 10 Okt (Bernama-Xinhua) — Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) pada Khamis memaklumkan bahawa sebuah kereta kebal Israel telah melepaskan tembakan ke arah menara pemerhati di ibu pejabatnya di Naqoura, selatan Lubnan, mencederakan dua anggota pengaman, lapor Xinhua.

“Pagi ini, dua anggota pengaman cedera selepas kereta kebal Merkava Pasukan Pertahanan Israel (IDF) melepaskan tembakan ke arah menara pemerhati di ibu pejabat UNIFIL di Naqoura, mengenai secara langsung dan menyebabkan mereka jatuh,” kata agensi PBB itu dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa kecederaan mereka tidak serius, tetapi anggota berkenaan masih dirawat di hospital.

UNIFIL turut menyatakan bahawa tentera IDF juga melepaskan tembakan ke arah sebuah kedudukan UNIFIL di Labbouneh, mengenai pintu masuk ke bunker tempat anggota pengaman berlindung, serta merosakkan kenderaan dan sistem komunikasi.

Sebuah dron IDF juga dikesan terbang di dalam kawasan UNIFIL hingga ke pintu masuk bunker itu, katanya.

Menurut UNIFIL, tentera IDF sengaja melepaskan tembakan dan merosakkan kamera pengawasan di sekitar lokasi itu pada Rabu.

IDF turut sengaja melepaskan tembakan ke arah pos pemerhati UN 1-32A di Ras al-Naqoura, tempat mesyuarat tiga pihak diadakan secara tetap sebelum konflik, merosakkan lampu dan stesen geganti.

UNIFIL menggesa Israel memastikan keselamatan dan keamanan anggota serta harta benda PBB, sambil menegaskan bahawa “sebarang serangan yang disengajakan terhadap anggota pengaman merupakan pelanggaran serius undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan resolusi Majlis Keselamatan 1701.”

Sejak 23 September, tentera Israel melancarkan serangan udara besar-besaran yang belum pernah berlaku sebelum ini ke atas Lubnan dalam peningkatan konflik dengan Hizbullah.

sumber: BERNAMA-XINHUA