Siakap Keli
kj titip penghargaan
Kredit: Khairy Jamaluddin

“Percaya Perancangan Allah,” Menang Anugerah, KJ Titip Ucapan Penghargaan 

“Percaya Perancangan Allah,” Menang Anugerah, KJ Titip Ucapan Penghargaan 

Khairy Jamaluddin yang lebih dikenali sebagai KJ meluahkan rasa terharu apabila dinobatkan sebagai pemenang anugerah Penyampai Radio Popular malam tadi.

Menerusi laman Facebook peribadinya, KJ menitipkan penghargaan buat rakan sekerja dalam dunia hiburan yang memberinya peluang menceburi bidang tersebut.

“Dunia hiburan ini bukan dunia saya. Saya datang dari dunia politik. Tetapi saya tergelincir dari dunia asal saya dan dibuang (mungkin sekejap, mungkin lama). Dunia hiburan dan media yang agak asing bagi saya telah menawarkan tempat untuk saya berteduh,” katanya.

BACA: Tealive Berkembang Ke Timur Tengah, Bekerjasama Dengan Konglomerat Dari Dubai

Menerima peluang ke udara di corong radio, KJ akui banyak menimba ilmu dan pengalaman baru daripada sosok terkenal industri.

They took a chance on me. Terima kasih kepada mereka. Terutama Nazri, Jake, Aaron dan Shah.

“Saya ditemukan dengan sosok-sosok radio yang hebat: AG, Fara dan Johan. Mereka mengajar saya selok belok industri baharu.

“Tidak lupa kepada semua yang behind the scenes: Krel, Ijal, Faz, Fasya, Pop, Firul, Arabelle dan pasukan. Kemenangan ini milik anda semua,” ucapnya.

BACA: KJ Menang Anugerah Penyampai Radio Popular

KJ berkata, tiada istilah terlambat dalam menimba ilmu.

It’s never too late to learn something new. Even for an old guy like me. Dalam hidup ini, kalau pintu rezeki ditutup, Allah akan membuka pintu rezeki yang baharu, never give up. Percaya kepada perancangan Allah.

“Alhamdulillah. Do your best. Allah will do the rest. Do what you can. Allah will do what you can’t. Trust in His plan,” ujarnya.

Di bahagian balasan hantaran tersebut, KJ turut menjemput warga maya menghadiri majlis jamuan makan bagi menunaikan manifesto beliau.

“Menang pun dah, manifesto kena tunaikan. Jom kita makan ramai-ramai di Nasi Lemak Saleha, Ampang pada Isnin, 14 Oktober bermula 7 pagi hingga 10 pagi.

“Jumpa anda di sana,” tambahnya.

https://www.facebook.com/Khairykj/posts/pfbid02ujyjP7RqaKFTWc43sBwsy2NY7Cq8gKyUDuLrkzZ5x14h3jiJxh8NiaSfrufYz5Qvl?mibextid=WC7FNe

BACA: Aina Abdul Dinobat Sebagai Bintang Paling Popular

Sumber: Khairy Jamaluddin

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.