Siakap Keli
Alat Perakam Bilik Man United
Gambar: Manchester United

Ceroboh Bilik Persalinan Man United, ‘Peminat’ Pasang Alat Perakam Tersembunyi

Ceroboh Bilik Persalinan Man United, ‘Peminat’ Pasang Alat Perakam Tersembunyi

Bilik persalinan Manchester United dilaporkan telah diceroboh selepas satu alat perakam ditemui di situ sebelum perlawanan menentang Aston Villa di Villa Park, lapor Daily Mail.

Difahamkan, pada 6 Oktober lalu, seorang individu didakwa memasang peranti tersembunyi tersebut di bilik persalinan pasukan The Red Devils.

Laporan The Sun menyebut bahawa alat perakam itu digunakan untuk merakam perbincangan taktikal pengurus United, Erik Ten Hag, bersama pasukannya.

Ini kerana rakaman tersebut ‘menangkap’ suara Ten Hag yang sedang memberikan arahan kepada para pemain.

Menurut sumber, tindakan tersebut telah mencetuskan kebimbangan tentang keselamatan pasukan.

“Ia melanggar keselamatan dan menimbulkan persoalan serius tentang bagaimana perkara ini boleh berlaku. Mujurlah tiada insiden buruk terjadi.

“Ia hanyalah gurauan seorang peminat United yang ingin mendengar perbincangan di bilik persalinan itu.

“Insiden ini bagaimanapun menimbulkan kerisauan tentang bagaimana bilik persalinan pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris itu boleh dicerobohi beberapa hari sebelum perlawanan,” kata sumber.

Perlawanan Aston Villa & United Terikat 0-0

Gambar: AFP

Perlawanan antara United dan Aston Villa baru-baru ini berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Ini menambah kesulitan buat United yang kini berada di tangga ke-14 liga dengan hanya lapan mata selepas tujuh perlawanan, dengan mereka kini 10 mata di belakang pendahulu liga, Liverpool.

Ten Hag Yakin United Mampu Jadi Juara EPL

Walaupun menghadapi kesukaran di awal musim ini, Erik Ten Hag tetap yakin bahawa United mampu menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pengurus dari Belanda itu berkata, kejayaan memenangi dua trofi dalam musim-musim sebelumnya memberi keyakinan bahawa pasukannya berpotensi untuk meraih lebih banyak kejayaan.

“Kami telah memenangi dua trofi dan ia memberi kepercayaan bahawa kami boleh memenangi lebih banyak lagi.

“Kami yakin dengan pasukan yang kami ada dan akan terus berusaha untuk menang dalam semua pertandingan, termasuk EPL,” kata Ten Hag.

BACA: Pemuda Kongsi ‘Hidup Senang’ Sebagai Penoreh Getah, Kewangan Stabil Sebab Amal Kaedah Ini

Sumber: Daily Mail

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.