Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
insentif getah

Pemuda Kongsi ‘Hidup Senang’ Sebagai Penoreh Getah, Kewangan Stabil Sebab Amal Kaedah Ini

Iqbal Yasir

Bercakap tentang kerjaya, ramai yang mahu merantau demi mencari kerja yang gah serta berpendapatan tinggi.

Namun, setiap pekerjaan pastinya mempunyai cabaran, tidak kira sama ada dalam bidang profesional mahupun hanya bekerja sendiri sebagai penoreh getah.

Seperti yang diceritakan Amir, seorang penoreh getah berkongsikan coretan hidupnya di laman Facebook.

Bidang yang dianggap kelas bawahan ini sebenarnya tidak seperti difikirkan, kerana ia mampu menjadikan seseorang itu ‘hidup senang’ tanpa terputus bekalan makanan.

Sekaligus perkara ini menolak persepsi kerjaya ini menurunkan ‘darjat kehidupan’ hingga tidak mampu membeli makanan.

Tentu ramai yang tertanya bagaimana kehidupan yang dijalaninya bukan?

Sejak kecil, Amir dibesarkan dengan duit hasil jualan getah bapanya.

Sesuai dengan pepatah Melayu, bapa borek, anak rintik yang mana kini Amir pula yang mengambil alih tugas bapanya apabila menginjak dewasa.

Sudah tentu Amir sudah cukup masak dengan selok-belok bidang ini, tidak hairan jika dia mempunyai ‘resipi’ tersendiri bagi memastikan keperluan diri dan keluarga mencukupi.

Walaupun berstatus penoreh getah seperti kebanyakan penoreh lain, namun Amir bijak dalam mengambil peluang yang disediakan oleh Kerajaan.

Sebagai penoreh getah, pendapatan mereka bergantung kepada harga purata bulanan peringkat ladang.

Ini bermakna jika harga purata bulan itu rendah, maka hasilnya juga rendah. Perkara ini secara tidak langsung boleh menjejaskan pendapatan.

Sebenarnya ini yang Amir buat untuk kekalkan pendapatan

Rahsianya bagi memastikan hasil dan pendapatan dalam kadar yang sama adalah menerusi Insentif Pengeluaran Getah (IPG), salah satu elemen yang disebutkan dalam Belanjawan 2024 dengan peruntukan sebanyak RM400 juta.

insentif getah

Melalui IPG, kerajaan akan membayar kos getah kepada penoreh sekiranya harga getah turun di bawah paras RM3 per kilogram (kg).

Apa itu Insentif Pengeluaran Getah (IPG)?

insentif getah

Insentif Pengeluaran Getah (IPG) merupakan sebuah bantuan Kerajaan kepada pekebun kecil getah tempatan menangani impak kejatuhan harga getah ke atas pendapatan mereka.

Secara tidak langsung, bantuan ini juga memastikan hasil pengeluaran getah negara kekal anjal tidak kira perubahan harga pasaran.

Menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM), insentif yang telah dilaksanakan sejak September 2015 ini bertujuan untuk memastikan pengeluaran getah domestik yang berterusan.

Tambahan lagi, Kerajaan MADANI turut menaikkan nilai insentif ini selama dua tahun berturut-turut, bermula tahun 2023 dari RM2.50 kepada RM2.70. Manakala tahun ini meningkat sebanyak RM 0.30 kepada RM3.00.

Perkara ini jelas menunjukkan betapa seriusnya kerajaan dalam membantu golongan penoreh yang terjejas.

Bantuan ini ditawarkan kepada pekebun kecil di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang getah (cuplump) berada di bawah paras RM3.00 sekilogram atau ke bawah.

“Pada Januari lalu, harga getah di peringkat ladang bagi getah cuplump atau getah sekerap ialah RM2.90 sekilogram bagi Semenanjung dan RM2.55 sekilogram bagi Sabah dan Sarawak)”

Bagaimana nak tahu kita layak memohon?

Kelayakan untuk memohon IPG ini tidaklah rumit dan hanya mengambil kira 4 elemen sahaja iaitu:

  • Pekebun kecil getah mestilah warganegara Malaysia

  • Pekebun mestilah memiliki kebun bersaiz kurang daripada 100 ekar (40. 46 hektar)

  • Pekebun menju getah sekerap (cuplump), lateks dan USS

  • Pekebun perlu memiliki PAT-G

Permohonan boleh dilakukan oleh pekebun getah kecil melalui dua cara, tuntutan manual (borang) dan RRIMniaga.

Dengan ini, beban yang ditanggung oleh pekebun-pekebun kecil akan lebih terbela biarpun harga getah jatuh.

Untuk maklumat lanjut mengenai IPG boleh rujuk di laman web rasmi LGM atau klik di sini. Manakala pendaftaran permohonan boleh dibuat di sini.