Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
tong sampah jepun
Sumber: Medium

Rupa-Rupanya Ini Sebab Susah Nak Jumpa Tong Sampah Dekat Jepun

Hannah

Rupa-Rupanya Ini Sebab Susah Nak Jumpa Tong Sampah Dekat Jepun

Bagi mereka yang pernah menapakkan kaki di bumi Jepun, pasti tahu betapa sukarnya mencari tong sampah di sekitar bandar raya yang bersih itu.

Bukan sahaja di kawasan tumpuan pelancong, malah di tempat-tempat awam seperti stesen kereta api, taman-taman dan jalan raya utama, tong sampah awam hampir tidak kelihatan.

Ini mungkin sesuatu yang berbeza dan ‘unik’ bagi sesetengah orang yang terbiasa melihat tong sampah di hampir setiap tempat yang dilawati.

Di Malaysia, misalnya, kita mudah sahaja menemui tong sampah awam di kaki lima, pusat membeli-belah atau berhampiran tempat makan.

Namun, bagi penduduk Jepun, ketiadaan tong sampah awam bukanlah sesuatu yang ‘luar biasa’.

Mereka sudah terbiasa dengan keadaan ini sejak sekian lama, di mana mereka membawa sampah sendiri sehingga menemui tempat yang sesuai untuk membuangnya.

Persoalannya, mengapa tong sampah sukar ditemui di tempat-tempat awam di Jepun?

1. Budaya membawa sampah sendiri

Di Jepun, masyarakatnya telah sekian lama mengamalkan budaya yang mengajarkan mereka untuk membawa pulang sampah sendiri.

Setiap individu dididik sejak kecil untuk bertanggungjawab atas sampah mereka sendiri, tidak kira di mana berada.

Amalan ini tidak hanya diaplikasikan di rumah atau pejabat, tetapi juga di ruang awam.

Jika seseorang membeli makanan atau minuman dari kedai serbaneka, mereka akan menyimpan bekas pembungkusnya dan membawanya pulang untuk dibuang di rumah.

Bagi mereka, menjaga kebersihan adalah satu tanggungjawab sosial yang dihormati dan dipatuhi oleh semua pihak.

Masyarakat Jepun memandang tinggi nilai menghormati ruang awam, dan membawa sampah sendiri adalah salah satu cara untuk mengekalkan kebersihan itu.

2. Bimbang terhadap keselamatan

Ketiadaan tong sampah awam juga dikaitkan dengan kebimbangan terhadap keselamatan.

Pada tahun 1995, Jepun dikejutkan dengan insiden serangan gas sarin di kereta api bawah tanah Tokyo yang meragut nyawa dan mencederakan ramai orang.

Selepas serangan tersebut, pihak berkuasa Jepun mengambil langkah keselamatan yang ketat, termasuk menghapuskan sebahagian besar tong sampah di tempat-tempat awam, terutamanya di stesen kereta api dan pusat bandar.

Langkah ini diambil kerana kebimbangan bahawa tong sampah awam boleh digunakan untuk menyembunyikan bahan letupan atau objek berbahaya yang lain.

Hingga ke hari ini, langkah keselamatan tersebut masih diamalkan bagi memastikan keselamatan orang ramai terjaga, terutama di kawasan yang sesak.

3. Pengurusan sampah oleh komuniti setempat

Jepun mempunyai sistem pengurusan sampah yang berbeza, di mana tanggungjawab untuk menguruskan sampah diletakkan di tangan komuniti setempat.

Di kebanyakan kawasan perumahan, terdapat sistem pengumpulan sampah yang disusun mengikut jadual tetap.

Penduduk perlu mengasingkan sampah mereka mengikut kategori, seperti sampah kitar semula, sampah basah dan bahan buangan berbahaya.

Setiap jenis sampah akan dikutip pada hari-hari tertentu dan di tempatkan di lokasi pengumpulan yang ditetapkan.

Oleh itu, masyarakat Jepun sudah terbiasa dengan proses pengurusan sampah yang lebih teratur dan sistematik, dan ini mengurangkan keperluan untuk tong sampah di tempat-tempat awam.

4. Pengasingan sampah yang ketat

Sistem pengurusan sampah Jepun terkenal dengan kecekapan dan keteraturannya.

Terdapat peraturan yang ketat mengenai cara pengasingan dan pelupusan sampah.

Sebelum membuang sampah, rakyat Jepun perlu mengasingkan setiap bahan buangan kepada beberapa kategori seperti plastik, kertas, kaca dan logam, serta bahan buangan yang boleh dikitar semula.

Sampah yang tidak diasingkan dengan betul mungkin tidak akan diambil oleh pekerja pembersihan.

Ini menggalakkan masyarakat untuk lebih bertanggungjawab terhadap cara mereka membuang sampah.

Sistem yang begitu teratur ini menjadikan Jepun negara yang bersih dan terurus tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada tong sampah awam.

BACA: Lelaki Kongsi Pengurusan Tong Sampah ‘Terlebih Moden’ Di Turki, Komen Netizen Malaysia Pula Curi Tumpuan

BACA: “Capo” Lekir Umum Tidak Lagi Bersama Ultras Malaya

BACA: Teruja Nak ‘Unboxing’, Netizen Simpati Wanita Warga Emas Kecewa Dapat ‘Periuk Nasi Mini’

Sumber: Medium