Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
wanita beli periuk nasi
Gambar: TikTok @octoberr_7

Teruja Nak ‘Unboxing’, Netizen Simpati Wanita Warga Emas Kecewa Dapat ‘Periuk Nasi Mini’

Iqbal Yasir

Teruja Nak ‘Unboxing’, Netizen Simpati Wanita Warga Emas Kecewa Dapat ‘Periuk Nasi Mini’

Tidak dapat dinafikan, media sosial merupakan ‘lubuk’ perniagaan atas talian, lebih-lebih lagi dalam era digital yang semakin maju.

Dengan rata-rata masyarakat memiliki telefon pintar, pelbagai urusan kini lebih mudah dilakukan secara maya, termasuk urusan jual beli dan perbankan.

Mana tidaknya, orang ramai tidak lagi perlu bersesak di kedai kerana barang boleh dibeli secara dalam talian dan dihantar terus ke rumah.

Bagaimanapun, tidak semua pengalaman membeli-belah dalam talian indah belaka.

“Penipu betul la orang ni…”

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita warga emas teruja menerima periuk nasi yang dipesannya secara atas talian.

Dalam video yang dikongsi oleh pengguna TikTok @octoberr_7, wanita berkenaan dengan penuh semangat membuka bungkusan periuk yang dipesannya.

Namun, apabila dibuka, periuk itu bukanlah seperti yang diharapkan, sebaliknya hanya periuk mainan.

“Kesian makcik ni, semoga makcik jangan sedih ya, kisahnya saya hantar barang rumah makcik dia teruja cakap periuk nasi dia dah sampai saya pun pelik.

“Saya cakap la saya tak hantar periuk, lepas makcik ni unboxing periuk mainan rupanya. Sabar ya makcik,” kongsi pemilik video yang dipercayai seorang kurier.

Menjengah ke ruangan komen, video tersebut mendapat reaksi pelbagai, di mana terdapat warga maya yang berkongsi kisah sama yang pernah menimpa golongan berusia.

Selain itu, terdapat juga warga maya yang terhibur dengan situasi berkenaan, tetapi dalam masa yang sama bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita itu.

Sebahagiannya juga memberikan tip ketika pembelian atas talian, termasuk ada yang ingin menghadiahkan periuk kepada wanita itu.

“Oh inilah periuk nasi yang live semalam tu harga RM6 je. tapi kena baca baik-baik. Dia tulis periuk nasi mainan,”

“Beli periuk nasi tefal yang colour putih tu, kerak tak melekat. Sesuai untuk yang tak suka membazir saki baki nasi,”

“Kesiannya Ya Allah mungkin makcik ni tak tahu kot periuk nasi mainan,”

“Mak aku, mak cik aku, abang ipar aku pun dah terkena. Sampai kami ni bergurau boleh buat main pondok-pondok nanti. Adoila. nilah masalahnya bila mak-mak yang tinggal di kampung dah pandai membeli guna COD,”

BACA: Pemuda Kongsi ‘Hidup Senang’ Sebagai Penoreh Getah, Kewangan Stabil Sebab Amal Kaedah Ini

BACA: “Percaya Perancangan Allah,” Menang Anugerah, KJ Titip Ucapan Penghargaan

BACA: “Macam pernah nampak…” – Netizen Kagum Proton Waja Digunakan Polis Luar Negara

Sumber: TikTok @octoberr_7