Siakap Keli
populasi biri-biri new zealand
Gambar: AFP

New Zealand, Negara Unik Dengan Populasi Biri-biri Lebih Banyak Dari Manusia

New Zealand, Negara Unik Dengan Populasi Biri-biri Lebih Banyak Dari Manusia

New Zealand adalah sebuah negara yang terletak di Laut Pasifik Selatan dan merupakan antara negara yang dianugerahi dengan keindahan alam yang amat mempersonakan.

Ia merupakan sebuah negara pulau dan terletak berdekatan dengan negara-benua, Australia yang menjadi jiran terdekatnya.

Orang Maori dipercayai adalah kelompok pertama yang tiba New Zealand dari Hawaiki dengan menggunakan kayak kira-kira 1,000 tahun yang lalu.

Manakala Abel Tasmen, seorang lelaki dari Belanda dipercayai adalah orang Eropah pertama yang menjejaki ke negara pulau tersebut. New Zealand seterusnya berada di bawah empayar British untuk beberapa tempoh kemudian.

Bercakap lanjut tentang negara ini, ada satu fakta menarik yang ramai tak tahu tentang New Zealand ini.

Sering dijoloki sebagai negara Kiwi, sebenarnya populasi kambing biri-biri di negara tersebut adalaj jauh melebihi populasi rakyatnya.

Macam tak percaya, kan? Namun itulah fakta unik tentang negara tersebut.

Menurut Radio New Zealand, populasi biri-biri di negara berkenaan adalah kira-kira 24.4 juta ekor setakat Jun 2023.

Sedangkan populasi rakyat New Zealand pula adalah hanya kira-kira 5.3 juta orang sahaja. Ini menjadikan nisbah kambing biri-biri di negara tersebut adalah 4.6 ekor bagi setiap penduduk.

Namun begitu, New Zealand sebenarnya pernah mempunyai populasi biri-biri yang jauh lebih tinggi pada awal 1980. Ketika itu, nisbah biri-biri bagi setiap penduduk adalah 22:1.

Bagaimanapun, populasi haiwan ternakan itu menurun dari tahun ke tahun seiring dengan perubahan trend semasa.

Selain permintaan bulu biri-biri yang berkurangan, peningkatan tanah-tanah yang ditanam semula dengan hutan turut menjadi punca kepada penurunan tersebut.

Penternak-penternak sedia ada dikatakan lebih tertarik dengan penawaran kredit karbon atau carbon offset yang lebih menguntungkan jika mereka menukar tanah mereka ke kawasan hutan semula.

Apa pun buat masa ini, populasi kambing biri-biri di New Zealand sebenarnya adalah lebih tinggi daripada populasi penduduknya dan itulah fakta menarik yang kini anda semua sudah tahu.

BACA: Mat Saleh Dedah Nak Bawa Pulang 5 Benda Positif Ini Dari Malaysia Ke UK

Sumber: Radio New Zealand, The Guardian

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.