Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
5 benda malaysia uk
Gambar: Greg Lacombe

Mat Saleh Dedah Nak Bawa Pulang 5 Benda Positif Ini Dari Malaysia Ke UK

Athirah

Mat Saleh Dedah Nak Bawa Pulang 5 Benda Positif Ini Dari Malaysia Ke UK

Malaysia sememangnya sebuah negara yang terkenal dan menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia.

Antara perkara yang dikagumi tentang negara bertuah ini tentulah kepelbagaian kaum dan budaya yang ditunjukkan oleh masyarakat majmuk di sini.

Masyarakat berbilang bangsa yang dapat hidup dengan harmoni ini menawarkan pelbagai perkara menarik untuk pelancong luar selami dan pelajari.

Bagi mereka yang melancong sambil menikmati keunikan makanan yang ditawarkan di negara yang dikunjungi, Malaysia juga antara yang terbaik dalam menawarkan perkara tersebut.

Setiap kaum di Malaysia ini boleh dikatakan mempunyai keunikan budaya pemakanan yang tersendiri. Jadi, ada banyak juadah yang boleh dicuba setiap hari sepanjang mereka berada negara ini.

Begitupun, tidak dapat dinafikan ada juga perkara-perkara lain tentang Malaysia yang dikagumi oleh pelancong luar.

5 benda positif di Malaysia nak dibawa pulang ke UK

Salah satunya menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pelancong dari United Kingdom, Greg Lacombe menerusi akaun TikToknya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian berkenaan, Greg berkongsi lima perkara positif tentang Malaysia yang sangat dia kagumi.

Katanya lagi, lima perkara tersebut sekiranya dapat dibawa pulang atau dipelajari oleh UK, sudah tentu akan memberi manfaat kepada negaranya.

Pertama, Greg berpendapat pengasingan seksyen halal dan tidak halal yang ada di pasaraya-pasaraya di Malaysia adalah satu perkara yang sangat menarik.

Walaupun di UK sesetengah pasaraya ada menempatkan seksyen halal, namun biasanya hanya terhad kepada produk sembelihan sahaja.

Jika itu boleh dibuat, ia akan memudahkan setiap orang untuk berbelanja tanpa was-was.

Selain itu, Greg juga teruja dengan kewujudan restoran-restoran yang beroperasi 24 jam setiap hari, terutamanya Restoran India Muslim atau Mamak.

Kewujudan kedai-kedai yang beroperasi 24 jam ini katanya membolehkan anda mengisi perut pada bila-bila masa tanpa sebarang masalah.

Greg juga melihat cuti perayaan yang diberikan kepada semua perayaan yang disambut oleh setiap kaum dan agama di Malaysia sebagai satu perkara positif.

Berbeza di UK, mereka hanya ada empat hari cuti umum perayaan setiap tahun yang hanya diberikan kepada kelompok majoriti sahaja.

Menurut Greg, apa yang dilakukan oleh Malaysia wajar dicontohi oleh negaranya kerana ia lebih adil dan cara yang baik untuk menyatupadukan seluruh negara.

Selain itu, dia juga menggemari dengan kewujudan pasar malam yang boleh ditemui di mana-mana sahaja di negara ini.

Di pasar malam, Greg melihat pertembungan pelbagai budaya yang diraikan dengan baik oleh penduduk setempat. Pada masa yang sama, pasar malam boleh menjadi tempat berhibur sambil menikmati makanan pada harga yang murah.

Akhir sekali, Greg benar-benar berharap satu hari nanti penggunaan bidet atau kepala paip di dalam tandas akan menjadi satu budaya di negaranya.

Bagi Greg, penyediaan bidet di tandas-tandas membolehkan pengguna untuk ‘membersihkan’ diri dengan lebih teliti.

Begitulah serba-sedikit perkongsian Greg berkenaan lima perkara positif di Malaysia yang dia harap ada di negaranya.

BACA: Tinggi Adab, Lelaki Buka Kasut Kerja Sebelum Masuk ATM Sebab Takut Kotorkan Lantai

Sumber: Greg Lacombe