Amaran Air Laut Pasang Tinggi Di Terengganu, Ini Senarai Kawasan Berisiko Terjejas
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Terengganu mengeluarkan amaran berjaga-jaga kepada beberapa perkampungan di persisiran pantai yang berisiko dilanda air laut pasang tinggi.
Menerusi muat naik di laman Facebook, pihaknya menyenaraikan 41 perkampungan yang berada di 12 muara sungai utama. Kejadian ini dijangka bermula pada 18 Oktober hingga 25 Oktober nanti.
Dari utara negeri, Kampung Pengkalan Atap, Kampung Teluk Budu, Kampung Pantai dan Kampung Nail yang berdekatan dengan Muara Sungai Besut dijangka alami air pasang tinggi. Diikuti pula dengan Kampung Telaga Papan di Muara Sungai Merang.
Beberapa perkampungan di Muara Sungai Setiu turut dijangka alami keadaan ini iaitu Kampung Gong Batu, Kampung Pengkalan Gelap, Kampung Limau Nipis, Kampung Kuala Setiu dan Kampung Fikri.
BACA: Banjir: Orang Ramai Diminta Ambil Langkah Keselamatan Elektrik Dan Gas
Melihat ke Muara Sungai Terengganu, air pasang tinggi dijangka berlaku di Kampung Baru Seberang Takir, Kampung Seberang Takir, Kampung Ulu Takir, Kampung Pak Tuyu, Kampung Tanjung Gelam dan Kampung Pulau Rusa.
Amaran turut dikeluarkan bagi Kampung Kubang Ikan, Kampung Kuala Ibai dan Taman Purnama di Muara Sungai Ibai. Di daerah Marang, lima perkampungan diminta berjaga-jaga iaitu Kampung Rusila, Kampung Rhu Dua, Kampung Rhu Rendang di Muara Sungai Marang dan Kampung Merchang, Kampung Pulau Rusa Baru di Muara Sungai Merchang.
Turun ke daerah Dungun, JPS menjangkakan lapan perkampungan berdekatan Muara Sungai Dungun bakal dilanda air pasang tinggi. Penduduk di Kampung Seberang Pintasan, Kampung Teluk Bidara, Kampung Tanjung Jara, Kampung Che Lijah, Kampung Alor Makbah, Kampung Bijangga, Kampung Sungai Buaya, dan Kampung Sungai Udang diminta berjaga-jaga.
Begitu juga dengan penduduk Kampung Sura di Muara Sungai Sura. Dalam masa yang sama, Kampung Kuala Paka, Kampung Tebing Tembah, Kampung Pinang Merah dan Kampung Durian Mentangau turut diminta berhati-hati sepanjang tempoh berkenaan.
Di bahagian selatan, JPS mengeluarkan amaran berjaga-jaga terhadap penduduk Kampung Baru Kemasik di Muara Sungai Kemasik. Amaran turut dikeluarkan oleh JPS bagi mereka yang berada di Pulau Skepeng Kuala Kemaman, Pengkalan Cicar Bukit Kuang dan Kampung Bakau Tinggi berikutan berada berhampiran Muara Sungai Kemaman.
https://www.facebook.com/jpsnegeriterengganu/posts/pfbid0eaWiJReS3WkLr2mN2SxnSBbGqgK7vAc7Dbvy6tMPr4DKBRDvVu4PBGDVgJaBq9fSl
Sumber: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Terengganu (1) (2)