Siakap Keli
Kaleidoscope VII

Kaleidoscope VII Mempersembahkan Dunia Ke Malaysia!

Alami kehebatan kuasa alat muzik percussion di Kaleidoscope VII: HANDS Intenational Drumming Festival yang bakal menggegarkan Zepp Kuala Lumpur pada 19 dan 20 Oktober ini. Di bawah tema Gendang Sedunia, acara gemilang ini akan menggabungkan pemain dram dari tiga negara yang mempersembahkan kepelbagaian irama bertenaga yang bakal menyatukan kita semua.

Sejak diperkenalkan pada 2009, Kaleidoscope telah menghimpunkan pemain percussion bertaraf dunia dari lebih 13 negara untuk memberikan kepelbagaian ekspresi budaya kepada rakyatMalaysia. Tradisi ini diteruskan untuk tahun 2024 dengan penampilan kumpulan terkenal dari China dan Indonesia. Dengan lebih seratus penghibur, ekstravaganza berdurasi dua jam ini akan membawa penonton merentasi sempadan dari tempat duduk mereka.

Kaleidoscope VII

Simfoni Kepelbagaian Budaya

Pemain-pemain percussion terkenal yang didatangkan khas dari seluruh dunia akan mempersembahkan kepelbagaian tradisi muzik mereka di Kaleidoscope VII.

Kumpulan Gendang Chongdaoyuan Jiangzhou dari China, sebuah unit warisan budaya terpelihara terkenal negara tersebut, akan menambat hati penonton tempatan dengan alat percussion tradisional mereka yang unik, bakal membawa para pendengar ke dunia melodi masa silam.

Kaleidoscope VII

Gamelan Yuganada dari Indonesia, diketuai oleh komposer I Wayan Sudirana, akan mempesonakan pendengar dengan kehalusan bunyi gamelan Bali. Persembahan “Pesu Mulih” mereka bakal mengalunkan perincian irama dan keharmonian muzik tradisional ini. Lagu ini merangkumi falsafah gamelan Bali iaitu keseimbangan asimetri, di mana kuasa-kuasa yang bertentangan digabungkan untuk mewujudkan keharmonian.

Irama Tempatan Di Pentas Dunia

Kumpulan percussion Malaysia sendiri juga akan memeriahkan pentas acara ini dengan mempamerkan bakat mereka yang tersendiri. Hands Percussion akan memecah sempadan percussion dengan komposisi asal yang inovatif bertajuk “Re-percussion.” Karya hebat ini memberi perspektif baharu pada signatur kumpulan ini dengan elemen percussion yang dibina semula dengan rujukan kepada asas ekspresi irama.

Kaleidoscope VII

Rhythm in Bronze, ensembel gamelan kontemporari Malaysia yang telah banyak meraih anugerah, akan memikat hati penonton dengan persembahan “Samudra Vasane” dan “Suntuk Masa” yang bertenaga. Ia akan menggamit pendengar untuk merenung sejenak akan keindahan alam semula jadi dan peredaran masa.

Lagi citarasa tempatan, Sri Maayakarar akan menyemarakkan pentas dengan persembahan Urumi Melam yang bertenaga, menggabungkan irama Tamil lama dengan rentak moden.

Kaleidoscope VII

Persembahan kumpulan dan artis tempatan yang lain juga akan memeriahkan pentas acara dengan gaya muzik mereka yang memukau dan tersendiri. Antaranya,  Akademi Ajurnasukma, San Percussion, Dhiya Suhaili, dan Leslie Ali.

Kemeriahan Sambutan Irama Sedunia

Kaleidoscope VII bukan sekadar konsert; ia turut meraikan perpaduan dalam kepelbagaian. Dengan menghimpunkan pemain dram dari budaya dan latar belakang yang berbeza, festival ini membuktikan bahawa bahasa muzik itu adalah universal dan kuasa luar biasa irama yang mampu menyatukan manusia dari segenap lapisan masyarakat.

Jadual Persembahan:

– 19 Okt (Sabtu) 8 malam

– 20 Okt (Ahad) 11:30 pagi & 4:30 petang

Sertai kami di Zepp Kuala Lumpur untuk pengalaman muzik yang tidak dapat dilupakan. Untuk tiket, sila layari Cloudjoi dan cari “HANDS INTERNATIONAL DRUMMING FESTIVAL – KALEIDOSCOPE 7 GENDANG SEDUNIA.”

Adib Mohd