Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
lemon law
Tiada Kategori

Status Terkini Kajian Lemon Law Dan Kerjasama Strategik Bank Negara Malaysia (BNM) Dan KPDN

Nurul Naqiyah

Status Terkini Kajian Lemon Law Dan Kerjasama Strategik Bank Negara Malaysia (BNM) Dan KPDN

PETALING JAYA, 15 OKTOBER 2024 – Kesukaran pengguna untuk membuat tuntutan tebus rugi (redress) bagi pembelian kenderaan bermotor disebabkan tafsiran pemilikan kenderaan di bawah Akta Sewa Beli 1967 (Akta 212) akan dapat ditangani melalui kerjasama strategik di antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Bank Negara Malaysia (BNM) dan institusi perbankan.

Akta 212 menakrifkan pemilikan kenderaan baharu adalah bank/institusi kewangan yang memberikan perkhidmatan pinjaman, manakala pembeli hanyalah penyewa kenderaan sehingga selesai pembayaran pinjaman. Ini menyukarkan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) membuat keputusan yang memihak kepada pembeli.

Susulan daripada kerjasama KPDN dan BNM, pada 2 September 2024, BNM telah mengarahkan institusi perbankan untuk melaksanakan beberapa inisiatif sebelum 3 Disember 2024. Antaranya adalah mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) untuk memproses permohonan surat persetujuan (consent letter) daripada pengguna.

lemon law

Consent letter daripada pihak bank/institusi kewangan yang memberikan kemudahan pinjaman dan pemilik kenderaan sah di bawah Akta 212 ini boleh digunakan oleh pengguna yang membeli kenderaan melalui pinjaman untuk membuat tuntutan tebus rugi di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) bagi kenderaan bermotor baharu yang rosak dan tidak dapat dibaiki.

Pada masa yang sama, institusi perbankan juga telah diminta untuk menubuhkan unit dalaman khusus untuk menerima dan memproses sebarang permohonan surat persetujuan daripada pengguna. Inisiatif ini merupakan salah satu daripada dua strategi interim yang dilaksanakan oleh KPDN untuk melindungi hak pengguna berkaitan hak tebus rugi sebelum kerangka perundangan baharu berhubung Lemon Law dimuktamadkan.

Selain itu, strategi interim kedua adalah Penubuhan Pasukan Rundingan Khas Berkaitan Aduan Kenderaan Bermotor di KPDN. Ia berfungsi sebagai pemudah cara bagi aduan pengguna berkaitan kenderaan bermotor di Malaysia bagi pengguna yang membeli kenderaan baharu.

Kaedah rundingan yang digunakan adalah kaedah rundingan ‘Tripartite’ antara Kementerian, pembeli kereta dan pengedar/pengilang. Bermula 1 Jun 2024 sehingga 30 September 2024, sebanyak 16 aduan di bawah Pasukan ini telah diterima dan disiasat oleh Pasukan Rundingan Khas Berkaitan Aduan Kenderaan Bermotor ini.

Dua strategi interim ini merupakan inisiatif intervensi oleh Kerajaan bagi memastikan pengguna mempunyai akses kepada medium penyelesaian yang adil dan berkesan. Melalui perundangan sedia ada, pengguna kenderaan terpakai mempunyai platform untuk menuntut hak mereka melalui kaedah tuntutan tebus rugi yang boleh disalurkan kepada Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia (TTPM).

Pengguna boleh mendapatkan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi, selaras dengan prinsip perlindungan pengguna dalam perundangan Malaysia. Pada tahun 2024, mulai bulan Januari hingga bulan Ogos tahun 2024, KPDN telah menerima 114 jumlah pemfailan tuntutan tebus rugi bagi kenderaan baharu di TTPM, manakala sebanyak 187 pemfailan bagi tuntutan kenderaan terpakai.

lemon law

Pada masa yang sama, kajian berkenaan pelaksanaan Lemon Law kini telah berada di fasa akhir dan Kementerian dijangka akan memuktamadkan keputusan dasar berdasarkan input serta syor kajian menetapkan hala tuju pewujudan rangka kerja perundangan bersesuaian bagi memperkukuhkan hak pengguna dalam masa terdekat. Antara cadangan perundangan yang dikenal pasti bersesuaian melalui kajian ini adalah penambahbaikan kepada perundangan sedia ada atau pewujudan perundangan baharu Lemon Law.

KPDN sedang mengkaji pelaksanaan serta penguatkuasaan perundangan berkaitan Lemon Law di Malaysia. Lemon Law adalah satu undang-undang yang menyediakan hak tebus rugi (redress) kepada pembeli kenderaan bermotor dan barangan pengguna lain untuk mendapatkan remedi terhadap produk yang berulang kali rosak dan gagal memenuhi standard kualiti dan prestasi. Remedi yang boleh dituntut oleh pengguna atau pembeli di bawah Lemon Law ini adalah melibatkan pembaikan, penggantian, pengurangan harga atau pembayaran balik.

Di Malaysia, peruntukan perundangan bercirikan Lemon Law berkaitan hak tebus rugi pengguna terhadap pembekal atau pengilang sekiranya barangan yang dibekalkan gagal mematuhi gerenti yang ditetapkan telah termaktub dalam Akta Perlindungan Pengguna 1999 di bawah kawal selia Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Antara peruntukan di bawah Akta 599 yang berkaitan dengan Lemon Law adalah:

  • Bahagian V : Seksyen 31 – 38 (Gerenti Berkenaan Dengan Pembekalan Barang);

  • Bahagian VI : Seksyen 39 – 49 (Hak Terhadap Pembekal Berkenaan Dengan Gerenti Dalam Pembekalan Barang); • Bahagian VII : Seksyen 50 – 52 (Hak Terhadap Pengilang Berkenaan Dengan Gerenti Dalam Pembekalan Barang); dan • Bahagian XII : Seksyen 85 – 122 (Tribunal Tuntutan Pengguna).

Selain daripada Akta 599 ini, terdapat beberapa akta lain yang berkaitan dengan kerangka perundangan Lemon Law di Malaysia yang juga menawarkan perlindungan kepada pengguna. Antaranya ialah Akta Kontrak 1950 , Akta Jualan Barangan 1957 dan Akta Sewa Beli 1967 .

Sebagai usaha memberikan perlindungan yang komprehensif dan menyeluruh kepada pengguna dan pada masa sama untuk memastikan tidak menjejaskan industri automotif negara, kajian perundangan berkaitan Lemon Law di Malaysia sedang dijalankan yang bermatlamat untuk menetapkan hala tuju pewujudan rangka kerja perundangan yang baharu bagi memperkukuhkan hak tebus rugi pengguna.

Pelaksanaan kajian ini pada dasarnya telah menepati tempoh masa yang dihasratkan oleh Kementerian (bermula Jun sehingga September 2024). Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kajian Perundangan Berkaitan Lemon Law telah mengarahkan pasukan perunding untuk membuat komponen kajian tambahan berkaitan beberapa cadangan baharu dan mengemukakan kajian penuh pada bulan November tahun ini.

Setakat bulan September tahun ini, kajian berkaitan Lemon Law telah melaksanakan usaha berikut:

▪ Sesi temu bual mendalam bersama pemegang taruh dan pemain industri;

▪ Sesi khas bersama Department of Trade and Industry Phillipines (DTI).

▪ Beberapa siri Focus Group Discussion (FGD) dengan pihak berkepentingan; dan

▪ Pertemuan bersama NGO/NGI.

lemon law

Selain melihat kepada cabaran utama pelaksanaan perundangan Lemon Law di Malaysia, kajian ini juga merangkumi aspek penanda aras amalan terbaik lima buah negara, iaitu Amerika Syarikat, Kanada, Filipina, Singapura dan Republik Korea yang boleh disesuaikan dengan pelaksanaan Lemon Law di Malaysia.

Melalui pendekatan ini, ia menunjukkan bahawa Kementerian sangat prihatin dan peka terhadap isu pengguna terutamanya berkenaan isu kerosakan kepada kenderaan yang baharu dan terpakai. Kementerian senantiasa mempergiatkan usaha untuk memperkasa hak pengguna untuk menuntut tebus rugi sekiranya mereka menerima kenderaan bermotor yang rosak dan tidak dapat dibaiki oleh pembekal/ penjual.