Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
gelagat lelaki halau anjing
Kredit: Nr Dahlia Rostam
Tiada Kategori

Dah Macam Berjoget, Gelagat Lelaki Halau Anjing Buat Ramai Terhibur

Azizah Najib

Dah Macam Berjoget, Gelagat Lelaki Halau Anjing Buat Ramai Terhibur

Pertembungan bersama anjing liar amat menakutkan bagi kebanyakan kita. Tidak dinafikan, ada yang berani namun masih ramai yang tak mampu berhadapan dengan anjing liar secara terus.

Mungkin disebabkan ramai antara kita yang beragama Islam tidak biasa dengan kehadiran anjing berdekatan. Malah, umum juga mengetahui, anjing liar tidak boleh dibuat main kerana berisiko mendapat penyakit anjing gila.

Biarpun begitu, berlainan sekali keadaannya dengan situasi seorang lelaki ini yang bertembung dengan anjing liar berkeliaran di hadapan pagar sebuah rumah.

BACA: Ramai Tertanya, Khairul Aming Dedah Kos Bawa Pekerja Bercuti

Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsi Nr Dahlia Rostam di TikTok, seorang lelaki dilihat cuba untuk menghalau seekor anjing liar. Namun, keadaan bertukar menjadi pentas tarian apabila lelaki tersebut mula melompat ke kiri dan kanan.

Anjing yang pada mulanya berlari laju ke arah lelaki tersebut pula kelihatan seperti sedang gembira bermain dan menari bersama-sama. Ditambah pula dengan lagu latar belakang video, Joget Angan Tak Sudah dendangan Jay Jay, situasi berkenaan semakin kelakar.

Video berdurasi lebih sembilan minit itu sudah ditonton sebanyak 1.6 juta kali dengan ribuan like.

BACA: Pembantu Ditahan Kerana Campur Air Kencing Dalam Makanan Majikan

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna lain terhibur dengan gelagat lelaki tersebut menghalau anjing liar itu.

“Boleh pulak buat dance battle ye. Jadi siapa menang?” tanya seorang warganet.

“Kemain gembira dua-dua eh. Abang joget sebab ada CCTV kan? Sebab tu macam tak takut je. Tapi dah peluh-peluh kan bang?” seloroh seorang pengguna.

“Seekor boleh la macam tu, kena dia bawa geng, penat nak berjoget,” ujar seorang lagi.

“Eleh bang, joget-joget tu tapi dalam hati takut juga kan,” teka seorang lagi warga net.

BACA: Minta Sunting Gambar Seram Ala-ala The Undertaker, Terhibur Lihat Hasil Tukang ‘Edit’

Ada juga beberapa pengguna yang meneka anjing tersebut sudah biasa dengan lelaki berkenaan. Hal ini berdasarkan pemerhatian mereka terhadap anjing itu yang dari awal sudah nampak seperti teruja melihat lelaki tersebut.

“Sebab anjing tu awal pun bukan nak menggigit, memang dia nak main. Mesti dah biasa ni. Tengok ekor dia boleh tahu dia memang nak main,” jelas seorang pengguna.

Sumber: Nr Dahlia Rostam