Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
ruu tahanan di rumah
Kredit: Bernama

RUU Tahanan Di Rumah Bakal Dibentangkan Di Parlimen Tahun Depan – Saifuddin

Azizah Najib

RUU Tahanan Di Rumah Bakal Dibentangkan Di Parlimen Tahun Depan – Saifuddin

MACHANG, 19 Okt (Bernama) — Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah bakal dibentangkan di Parlimen pada tahun depan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata Kabinet telah memberikan kelulusan dasar untuk pelaksanaan RUU berkenaan.

“Ketika ini RUU berkaitan sedang digubal oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara (Datuk Seri Nordin Muhamad) sebagai pemegang taruh.

“Selepas RUU itu digubal kita akan membentangkan kepada Kabinet sebelum dibentangkan kepada Parlimen dan jangkaannya pada tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan program Santuni MADANI: Satu Pemimpin Satu Kampung di Bukit Tiu di sini hari ini.

Beliau berkata RUU berkaitan tahanan di rumah tidak melibatkan pindaan Akta Penjara sebaliknya RUU baharu diwujudkan.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2025 dilapor berkata kerajaan akan menggubal akta baharu bagi membolehkan hukuman tahanan di rumah sebagai alternatif untuk kesalahan tertentu.

Hukuman berkenaan memperuntukkan pesalah dikehendaki berada di tempat tahanan yang dianggap bersesuaian seperti rumah kediaman, rumah jagaan atau asrama pekerja sepanjang tempoh penahanan.

Sementara itu, mengulas mengenai program berkenaan, Saifuddin Nasution berkata pihaknya akan meningkatkan potensi Kampung Tiu dan keupayaan masyarakatnya melalui pemantauan secara langsung serta libat urus bagi mengenal pasti masalah sosioekonomi dan keperluan penduduk di kampung ini.

BACA: Pembantu Ditahan Kerana Campur Air Kencing Dalam Makanan Majikan

“Program ini akan melibatkan golongan belia, penduduk kampung, pelajar sekolah, agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Ia turut merangkumi pelbagai aktiviti menarik seperti ceramah agama, sukaneka rakyat, persembahan dikir barat, penyerahan kit peralatan Skim Rukun Tetangga sumbangan dan bantuan serta pameran oleh agensi-agensi kerajaan, NGO dan institusi bank.

Beliau berkata antara agensi yang terlibat dalam menjayakan program ini ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara.

“Program ini dijangka meningkatkan potensi Kampung Bukit Tiu selaras skop program Santuni MADANI yang menyasarkan matlamat pembangunan mampan setempat,” katanya.

BACA: Penyaluran Segera RM150 Juta Langkah Responsif Kerajaan Tangani Banjir Kilat

BACA: Cekal Curahkan Ilmu, Guru Guna Cara Unik Ajar Murid OKU Pendengaran

Sumber: Bernama