Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
tip melancong bangkok
Gambar: Bernama

Lelaki Kongsi 5 Tip Wajib Tahu Sebelum Melancong Ke Bangkok

Nur Alissa

Lelaki Kongsi 5 Tip Wajib Tahu Sebelum Melancong Ke Bangkok

Bila bercakap tentang negara Gajah Putih iaitu Thailand, perkara pertama yang terbayang dalam fikiran mesti makanan.

Kepelbagaian makanan unik menjadi salah satu sebab mengapa ramai pelancong datang ke negara itu khususnya rakyat Malaysia. Apatah lagi, kedua-dua negara ini bersempadan antara satu sama lain.

Selain makanan, negara ini juga mempunyai tinggalan monumen dan khazanah seperti kuil-kuil yang tersergam indah.

Jadi, tidak hairan mengapa ia menjadi pilihan ramai pelancong untuk makan angin di negara Gajah Putih itu.

Bagaimanapun, sebelum berkunjung ke negara itu terutamanya di Bangkok, terdapat lima perkara penting yang perlu diketahui terlebih dahulu.

Nak tahu dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian pengguna TikTok @zakwanrahpal_ atau dikenali sebagai Zakwan di bawah.

Ini 5 perkara wajib tahu sebelum melancong ke Bangkok

Menerusi perkongsian klip itu, Zakwan memberitahu terdapat lima tip yang perlu diketahui oleh pelancong sebelum berkunjung ke ibu negara Gajah Putih itu.

Katanya, perkongsian itu adalah berdasarkan pengalamannya sewaktu melawat negara Thailand beberapa kali sebelum ini.

1. Pengangkutan Awam

tip Bangkok
Gambar: @zakwanrahpal_ / TikTok

Sistem pengangkutan awam merupakan ‘kawan baik’ ketika berkunjung ke negara itu. Ia menjadi alternatif bagi mengelakkan pembaziran masa.

Antara pengangkutan awam yang boleh digunakan adalah Sistem Transit Massa Bangkok (Tren BTS), MRT atau motosikal disebabkan harga ditawarkan adalah lebih murah berbanding kereta atau teksi.

Tambahnya, sekiranya pelancong ingin menggunakan kereta terdapat perkhidmatan hampir sama dengan e-hailing Grab yang dinamakan ‘Bolt’.

“Ada pilihan yang lebih murah daripada Grab, namanya ‘Bolt’,” katanya dalam klip itu.

Sekiranya kenderaan yang ditempah tiba adalah tidak sama, sebaiknya elakkan daripada menaiki kenderaan tersebut.

2. Cuaca

Seterusnya, lazimnya cuaca di Bangkok adalah jauh lebih panas berbanding dengan Malaysia.

Disebabkan, pelancong disarankan untuk melakukan aktiviti seperti lawatan (tourist attraction) pada sebelah pagi atau petang.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin ke Bangkok, digalakkan untuk membawa kipas dan air semasa berjalan.

3. Bawak portable bidet

Kongsi Zakwan lagi dalam klip itu, kebanyakkan tandas awam di Bangkok tidak mempunyai sistem bidet (alat pembantu membilas atau mencuci sewaktu membuang air besar).

Oleh itu, mereka yang ingin berjalan-jalan digalakkan membawa portable bidet untuk keselesaan.

4. Penggunaan QR Pay atau Kod QR, TnG eWallet (tergantung kedai)

tip bangkok
Gambar: Bernama

Selain itu, pembayaran secara kod QR atau Touch ‘n Go (TNG) boleh diguna pakai di Bangkok, (dengan syarat akaun tersebut adalah akaun perniagaan bukan akaun peribadi).

Secara peribadi, aku selalu guna Maybank QR Pay sebab boleh imbas dorang punya prompay. Tetapi ia hanya boleh kalau akaun tu akaun perniagaan.

“Jadi, kalau kau pergi kedai-kedai yang besar, kedai yang grand, mungkin boleh pakai tapi kalau kau akaun peribadi, tak boleh.

“Touch ‘n Go, aku tak pernah cuba tapi dorang cakap kalau ada logo Ali Pay, kau boleh bayar pakai TnG. Kau cuma cari dekat bahagian pay, scroll atas sikit ada tulis Ali Pay, nanti boleh imbas kod.

“Tapi duit QR untuk bayar tiket BTS, boleh imbas prompay,” kongsinya.

5. Digalakkan untuk bermalam di Siam

Bagi pelancong yang pertama kali ke Bangkok, mereka disarankan untuk bermalam di Siam atau dikenali sebagai Sayam disebabkan berhampiran dengan pelbagai akses dan perkhidmatan.

“Siam atau Sayam, merupakan pertengahan bandar yang mempunyai pusat beli belah. Ada Siam Paragon Siam Square, Pratunam juga terletak berdekatan. Semua benda yang shopping, hits-hits semua dekat situ.

“Kalau kau rasa kau akan banyak shopping, duduk je dekat situ. Kalau duduk jauh, goodluck kau nak ulang-alik.

“Siam mempunyai akses kereta api yang lebih baik berbanding Pratunam walaupun bilangan pusat beli belah lebih banyak di Pratunam berbanding Siam. Terserah keselesaan masing-masing.

“Antara tempat yang berdekatan dengan Siam adalah Ratchathewi dan Phaya Thai. Kalau nak jauh sikit, Asok berdekatan terminal Twenty-One,” katanya.

Semoga bermanfaat.

Sumber: TikTok @zakwanrahpal

BACA: Kos Tak Sampai RM600, Lelaki Kongsi Cara Naik Kereta Api Pergi China Dari Perlis