Kanak-kanak Gaza Pikul Adik Cedera, Berjalan Kaki 1 Jam Cari Bantuan
Satu rakaman yang menunjukkan seorang kanak-kanak di Gaza dalam keadaan berkaki ayam memikul adiknya yang cedera menjadi tular di media sosial.
Menurut Anadolou Agency, kanak-kanak tersebut kelihatan letih dan tidak bermaya selepas berjalan kaki selama sejam untuk mendapatkan rawatan.
Debu-debu juga turut kelihatan pada wajah kanak-kanak tersebut, sementara jalan di sekelilingnya berada dalam keadaan panas.
Menerusi rakaman yang dibuat oleh seorang pengguna jalan, sebelah kaki adik kepada kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan berbalut.
Kanak-kanak Gaza pikul adik cedera, sejam berjalan cari bantuan
Ketika ditanya oleh pengguna jalan berkenaan, kanak-kanak itu memaklumkan bahawa adiknya cedera selepas dilanggar oleh kereta sebelum ini.
“Kamu hendak bawa dia ke mana? Kamu tidak letih ke?” tanya pengguna jalan berkenaan.
“Saya penat. Saya sudah memikulnya selama sejam kerana adik saya tidak boleh berjalan,” jawab kanak-kanak berkenaan.
Ketika ditanya kemana destinasinya, kanak-kanak itu kemudian memberitahu sedang menuju ke Taman Al-Bureij.
Mahu dapatkan rawatan untuk adik yang cedera dilanggar
Ia adalah lokasi dimana petugas perubatan menyediakan rawatan untuk penduduk Gaza yang cedera.
Tanpa berlengah, pengguna jalan itu terus menawarkan bantuan dan mengajak kanak-kanak tersebut menaiki keretanya.
https://x.com/anadoluagency/status/1848349910359236972
Pada akhir video tersebut, kanak-kanak berkenaan dilihat turun dari kereta dan membawa adiknya dipercayai ke lokasi yang hendak dituju untuk mendapatkan rawatan.
BACA: Ini Maksud Sebalik Mantera Buka & Tutup Pintu Gua Dalam Filem Ali Baba Bujang Lapok
BACA: Lelaki Kongsi Emaknya Mudah Terpengaruh, Sakan Main ‘Game’ Lepas Sembang Dengan Cashier MYDIN
Sumber: Anadolu Agency